Harian Metro

Beli insurans dalam 3 minit

 RHB Insurance sasar premium terkumpul RM5 juta menerusi aplikasi mudah alih baru diperkenal­kan

- Nora Mahpar noramahpar@nstp.com.my

RHB Insurance Bhd menyasarka­n premium terkumpul RM5 juta membabitka­n 10,000 pemegang polisi dalam tempoh 12 bulan akan datang menerusi inisiatif digital yang dilancarka­n.

Ia disokong pelancaran aplikasi mudah alihnya

RHB Insurance

yang membolehka­n pelanggan membeli polisi insurans dan cukai jalan hanya di hujung jari.

Pengarah Urusannya Kong Shu Yin berkata, aplikasi berkenaan membolehka­n pengguna membeli polisi insurans dalam tempoh tiga minit, proses paling cepat yang pernah dicatatkan dalam industri kewangan.

Kong berkata, pihaknya turut menjangkak­an pertumbuha­n sehingga 10 peratus dalam premium bertulis kasar menerusi saluran digital dalam tempoh tiga hingga lima tahun.

“Kami yakin aplikasi RHB

Insurance akan menjadi pemacu dalam usaha transforma­si pembelian insurans dan memperbaha­rui cukai jalan dengan langkah mudah.

“Ia selari dengan program transforma­si digital kami yang menawarkan interaksi ditambah nilai. Kami membina aplikasi mudah alih menerusi ekosistem digital yang membolehka­n pelanggan, ejen dan rakan kongsi kami berhubung satu sama lain secara langsung,” katanya ketika merasmikan Aplikasi Mudah Alih RHB Insurance di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Operasi Kumpulan RHB Bank Group Rohan Krishnalin­gam dan Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan RHB Bank Group Abdul Sani Abdul Murad.

Menurutnya, aplikasi itu dibangunka­n sepenuhnya pakar teknologi dalaman membabitka­n kos kurang RM1 juta.

 ??  ?? KONG (kiri) bersama Rohan (tengah) dan Abdul Sani menunjukka­n aplikasi RHB Insurance yang dilancarka­n, semalam.
KONG (kiri) bersama Rohan (tengah) dan Abdul Sani menunjukka­n aplikasi RHB Insurance yang dilancarka­n, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia