Harian Metro

Hapus habis

 Lelaki dituduh bunuh, bakar bekas isteri kaya

- Agensi

Seorang lelaki didakwa atas empat tuduhan membunuh dan menyembuny­ikan mayat bekas isterinya yang kaya, yang dipercayai dibakar sebelum abunya ditaburkan di kawasan paya berhampira­n sempadan Malaysia untuk menutup perbuatan itu.

Timbalan Ketua Polis Kebangsaan Jeneral Wirachai Songmetta berkata, Kritsada ‘Roj’ Maikhao, 49, menafikan semua tuduhan membabitka­n kehilangan bekas isterinya, Pinyada Paenchan, 48.

Kritsada juga didakwa atas tuduhan menutup pembunuhan dan mencuri. Menurut Bangkok Post, Pinyada kali terakhir dilihat pada 23 Mei lalu dan sisa abu serta tulangnya ditemui di kawasan paya di Hat Yai beberapa hari lalu.

Nation Multimedia memetik Wirachai berkata, Pinyada dipercayai diserang di rumahnya dan kehilangan banyak darah. Dia kemudian dibawa dari situ menaiki kereta Mercedes-Benz C200 miliknya, namun tidak diketahui ketika itu sama ada dia hidup atau mati.

Kenderaan itu ditemui di rumah saudara Kritsada di Singha Nakhon kelmarin dengan nombor pendaftara­nnya dibuang.

Kritsada menyerah diri Ahad lalu selepas mahkamah daerah mengeluark­an waran penangkapa­nnya, namun masih enggan memberi keterangan.

Polis masih menyiasat sama ada dia mempunyai rakan subahat.

Menurut jiran mereka, pasangan itu masih tinggal sebumbung walaupun sudah bercerai. Krissada dan Pinyada didengar bertengkar pada malam 23 Mei lalu sebelum lelaki terbabit dilihat mencuci kereta Mercedes milik bekas isterinya pada jam 4 pagi keesokanny­a.

 ??  ?? POLIS memeriksa kawasan paya untuk siasat mayat mangsa. Gambar kecil, Pinyada. - Agensi
POLIS memeriksa kawasan paya untuk siasat mayat mangsa. Gambar kecil, Pinyada. - Agensi
 ??  ?? KRITSADA (kanan) disoal polis. - Agensi
KRITSADA (kanan) disoal polis. - Agensi
 ??  ?? POLIS memeriksa kereta milik mangsa. - Agensi
POLIS memeriksa kereta milik mangsa. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia