Harian Metro

FATEHAH DIGUGUR

- Jumiati Rosly, Aida Adilah Mat dan Naqib Nor Said sukanteam@nstp.com.my

 Beasley beri alasan prestasi semasa ratu trek negara punca tidak tersenarai

Ketua jurulatih berbasikal negara, John Beasley membuat keputusan mengejutka­n apabila tidak menyenarai­kan ratu trek negara, Fatehah Mustapa pada Sukan Asia di Indonesia pada Ogos depan.

Pengurus skuad berbasikal negara ke Sukan Asia, Firdaus Arshad berkata, Beasley baru memaklumka­n senarai terkini pelumba negara ke temasya itu semalam.

“Beasley memberi alasan prestasi semasa di sebalik keputusann­ya tidak menyenarai­kan Fatehah,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankua­sa Pemilihan ke Sukan Asia 2018 Indonesia di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini semalam.

Ketiadaan Fatehah pada temasya kali ini mengejutka­n banyak pihak memandangk­an pelumba yang berasal dari Terengganu itu muncul pelumba basikal wanita pertama negara memenangi pingat perak pada temasya lalu di Incheon dalam acara keirin.

Fatehah yang sebelum ini mewakili negara pada Sukan Asia Guangzhou 2010 dan Incheon 2014 adalah antara pelumba trek senior dan diPersekut­uan

(gambar)

senaraikan dalam Program Podium.

Buat masa kini, pelumba berumur 29 tahun itu tidak menjalani latihan bersama skuad berbasikal trek di bawah kendalian Beasley di Melbourne dan memilih untuk berlatih di tanah air bersama Junaidi Nasir kerana mahu bersama bapanya yang mengalami strok, baru-baru ini.

Mengenai sasaran skuad berbasikal, Firdaus berkata, Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) meletakkan sasaran satu emas yang disandarka­n kepada bahu pelumba trek, Azizulhasn­i Awang dan Shah Firdaus Sahrom.

Secara keseluruha­nnya, 11 pelumba basikal trek negara berjaya melayakkan diri dalam kategori A, sementara tujuh pelumba lagi akan dihantar di bawah kategori B.

Sementara itu, Presiden MOM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, pihaknya sudah bertanyaka­n beberapa kali kepada wakil persatuan mengenai kedudukan Fatehah dalam mesyuarat pemilihan hari ini (semalam).

“Bila kita mengadakan proses pemilihan, kita bergantung kepada senarai yang dikemukaka­n persatuan sukan kebangsaan (NSA). Kita ada buat perbincang­an mengenai kedudukan Fatehah bahawa kalau dibandingk­an prestasi dengan atlet lain, mereka katakan atlet lain lebih layak beraksi,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? FATEHAH kini berlatih sendirian bersama Junaidi di tanah air.
FATEHAH kini berlatih sendirian bersama Junaidi di tanah air.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia