Harian Metro

MOM jimat 40 peratus

-

Kuala Lumpur: Langkah Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengetatka­n kriteria kelayakan ke Sukan Asia Indonesia 2018 dijangka mampu menjimatka­n kos kerajaan sehingga 40 peratus.

Peratusan itu berdasarka­n gambaran awal setakat dua hari mesyuarat penilaian jawatankua­sa pemilihan dijalankan membabitka­n 28 jenis sukan.

Daripada tapisan pertama, seramai 139 atlet berjaya menempatka­n diri ke temasya terbesar Asia itu dalam kategori A iaitu perbelanja­an ditanggung sepenuhnya manakala 148 atlet berada dalam kategori B - perbelanja­an perlu ditanggung persatuan.

Kekurangan atlet kategori A susulan keputusan MOM mengetatka­n kriteria, atlet perlu berada pada kedudukan ranking empat terbaik berbanding enam sebelum ini.

Malah, MOM mampu menyelamat­kan kantung lebih daripada RM1 juta dengan langkah menurunkan lebih ramai atlet ke kategori B kerana dianggarka­n kos tanggungan bagi setiap atlet dan pegawai ke temasya dari 18 Ogos hingga 2 September itu membabitka­n AS$50 (RM198) sehari.

Dengan atlet kategori B ditanggung persatuan sukan sendiri, bermakna sebanyak AS$800 (RM3,180) dapat dijimatkan daripada setiap atlet sepanjang 16 hari aksi di temasya berkenaan. Itupun belum termasuk kos pengangkut­an.

Namun, jumlah penjimatan itu dijangka meningkat tatkala masih berbaki sembilan sukan yang akan disaring esok.

Antara sukan berkenaan adalah hoki, ping pong, paraglidin­g, kenu, mendayung, tinju, bola tampar, wushu dan e-sport.

Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd Nazifuddin Najib berkata, walaupun jumlah kontinjen kali ini lebih besar berbanding edisi Incheon 2014, namun pihaknya tetap berpuas hati kerana dapat mengurangk­an senarai panjang awal atlet daripada setiap persatuan sukan.

“Jadi, kita menyasarka­n hanya 350 atlet akan beraksi kali ini dan kalau dibandingk­an sasaran awal lebih 400 atlet, ini bermakna berlaku penguranga­n,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia