Harian Metro

Anugerah Gala Meritus iktiraf pencapaian pelumba F4 negara

-

Kuala Lumpur: Prestasi memberangs­angkan barisan pemandu negara di perlumbaan Formula 4 Asia Tenggara (F4 SEA) musim ini mencerahka­n peluang mereka untuk merebut beberapa kategori utama di Anugerah Gala Meritus, tahun ini.

Antara pelumba negara yang berpeluang meraih beberapa anugerah diwujudkan khas oleh promoter F4 SEA dan pasukan MERITUS.GP itu ialah Nazim Azman, Adam Khalid, Muizz Musyaffa, Mitchell Cheah, Isyraf Danish dan Alister Yoong.

Mereka bakal mencabar beberapa pelumba luar negara antaranya dari China Daniel Cao, Kane Shepherd (Thailand), Ugo D Wilde (Belgium), Sam Grimes dan Ben Grimes (Filipina) yang dijangka berpeluang memenangi anugerah utama iaitu Anugerah Juara Keseluruha­n dan Bakat Baharu.

“Selepas kejayaan mengagumka­n bagi musim 2017-18, kita menyaksika­n persembaha­n hebat daripada pelumba muda seperti Daniel Cao, Kane Shepherd, Nazim Azman dan beberapa yang lain,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Asian Autosport Action (AAA) dan promoter F4, Peter Thompson.

“Saya amat berbangga dengan kejayaan ini dan berharap anugerah dapat membantu melonjak dan menonjolka­n bakat pelumba Asia selari dengan usaha kita merealisas­ikan matlamat mengukuhka­n ekosistem pemotoran Asia yang sebenar.”

Acara berprestij itu dibuat bagi meraikan pelumba dan pencapaian mereka sepanjang musim ini dengan gelaran juara keseluruha­n amat berharga kerana ia turut memberikan pemenang 12 mata bagi meraih Lesen Super.

Pada Anugerah Gala Meritus yang pertama kali dianjurkan tahun lalu, Presley Martono dari Indonesia dinobatkan sebagai pemenang utama dengan pemandu dinilai berdasarka­n prestasi pada lima pusingan perlumbaan di Malaysia, Thailand dan Filipina.

“F4 adalah penanda aras yang amat berharga dalam proses peralihan pemandu daripada perlumbaan kart ke formula dan ia berjaya memecahkan halangan kewangan dan membuka peluang buat lebih ramai pemandu berbakat untuk meraih impian mereka.” kata Pengerusi Persatuan Automobil Malaysia (AAM) Tunku Mudzaffar Tunku Mustapha.

Anugerah Gala MERITUS akan berlangsun­g di Bukit Jalil, Jumaat ini.

 ??  ?? ANTARA pelumba negara yang menyertai F4 SEA.
ANTARA pelumba negara yang menyertai F4 SEA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia