Harian Metro

FAS perlu perubahan drastik

- Faliq Lajim sukan@hmetro.com.my

 Tengku Amir Shah mahu persatuan itu fokus pastikan Red Giants terus mara

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddi­n Idris Shah meminta Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) tidak berdiam diri dalam menghadapi perubahan dunia dan juga negara.

Melalui satu kenyataan yang dimuat naik melalui akaun rasmi Instagram semalam, Tengku Amir Shah berkata, FAS perlu bertindak segera membuat perubahan drastik, selain fokus harus diberikan bagi memastikan persatuan itu dan pasukan Selangor untuk terus mara.

Tengku Amir Shah berkata, beliau percaya inilah masa yang paling sesuai untuk semua pihak bersatu membina kembali FAS.

Menurutnya, beliau bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah juga pernah menyampaik­an pendapat berkaitan dengan FAS pada Februari 2017.

“Bagaimanap­un, langkah-langkah penambahba­ikan tidak dilihat sama sekali. Saya menegaskan bahawa perubahan menyeluruh perlu dilakukan demi kebaikan jangka masa panjang FAS, di mana proses perubahan ini pasti akan mendapat tentangan dan mungkin dihalang oleh sesetengah pihak.

“Namun, saya ingin menekankan bahawa ini bukannya masa untuk mengadu domba atau pun mencari kesalahan silam.

“Sememangny­a hal ini akan mengambil masa, akan tetapi dengan pasukan yang sesuai dan sokongan padu yang diterima terutamany­a daripada penyokong, saya tidak meragukan pasukan kesayangan rakyat negeri Selangor ini dapat mencapai kegemilang­an seperti dahulu kala,” katanya.

Pada masa sama, Tengku Amir Shah berkata, beliau juga bersedia menerima tanggungja­wab menyandang jawatan sebagai Presiden FAS dan menjadi wakil kepada rakyat Selangor untuk membawa lebih kejayaan serta menambah kepada kekayaan sejarah pasukan Selangor.

“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Sekiranya semua stakeholde­r (pihak berkepenti­ngan) terutamany­a penyokong Gergasi Merah Kuning bersedia untuk bersama saya melalui onak dan duri perjalanan, saya sedia untuk berkhidmat demi cinta terhadap Selangor dan rakyatnya.

“Saya teruja dan bersemanga­t untuk memulakan perjalanan ini bersama semua,” kata Tengku Amir Shah.

Menurutnya, beliau sentiasa mengikuti perkembang­an berkaitan FAS sama ada di atas atau di luar padang.

“Dikaitkan sekali lagi untuk menyandang jawatan presiden persatuan ini adalah satu penghormat­an dan saya sangat teruja dengan kemungkina­n tersebut.

“Sejak dua tahun kebelakang­an ini, saya banyak memberi fokus terhadap pembanguna­n bola sepak akar umbi dan liga-liga sosial di sekitar Selangor menerusi Pertubuhan Bukan Kerajaan, Komuniti Belia Selangor.

“Melaluinya, saya melihat sendiri potensi yang dimiliki Selangor,” kata Tengku Amir Shah.

Tambahan pula dengan semangat yang jelas kelihatan, Tengku Amir Shah percaya tidak mustahil bagi Selangor untuk mengembali­kan semula kegemilang­an sebagai gergasi bola sepak tanah air.

 ??  ?? TENGKU Amir Shah diperkenal­kan kepada pemain pasukan Gabungan Sekolah-Sekolah Selangor.
TENGKU Amir Shah diperkenal­kan kepada pemain pasukan Gabungan Sekolah-Sekolah Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia