Harian Metro

Hobin Jang Hobin tak mahu putih mata

- Mohd Amin Jalil sukanteam@nstp.com.my

Seremban: Negeri Sembilan (NS) tidak rela hasratnya untuk mencatatka­n kemenangan ketiga berturut-turut tersekat apabila berdepan Perak, dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.

Justeru, penolong kapten, Mohd Fauzan Dzulkifli, mahu rakan sepasukan meneruskan rentak cemerlang bagi memastikan tiga mata berada dalam genggaman.

“Ia perlawanan penting buat kami dan perlu menang untuk kembali menghidupk­an peluang dan dapat bersaing dalam liga musim ini.

“Walaupun berjaya mencatat dua kemenangan berturut-turut ke atas Kelantan dan PKNS FC, tetapi itu belum cukup untuk membantu kami keluar daripada zon penyingkir­an ke Liga Perdana musim depan.

“Kami tidak boleh menunggu

pada saat akhir untuk menyelamat­kan keadaan, sebaliknya peluang beraksi di laman sendiri malam esok (malam ini) digunakan sepenuhnya untuk mengutip tiga mata,” katanya di sini, semalam.

Fauzan bagaimanap­un akui tugas bersama rakan lain berdepan anak didik Mehmet Durakovic bukan mudah kerana lawannya itu dilihat berada pada tahap prestasi yang sangat baik dengan kedudukan di tangga ketiga liga.

Tonggak pertahanan berpengala­man itu mengakui situasi berkenaan boleh dihadapi dengan memastikan tahap disiplin dan semangat sepasukan yang tinggi.

“Namun, kami sudah membuat persiapan dan bersedia berdepan pasukan itu, malah ketua jurulatih Mario Lemos juga sudah mengingatk­an semua pemain berikan komitmen 100 peratus.

“Kami berharap mampu mengulangi aksi cemerlang menewaskan PKNS, Ahad lalu dan memastikan tiga mata milik pasukan,” katanya.

Negeri Sembilan ketika ini menduduki tangga kedua tercorot liga dengan 11 mata hasil tiga kemenangan yang diraih di gelanggang sendiri sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia