Harian Metro

Nadal tak berasa ‘tua’

-

Rafael Nadal berkata, dia tidak berasa ‘tua’ apabila semakin hampir meraih gelaran ke-11 Terbuka Perancis dengan menewaskan pemain Jerman, Maximilian Marterer untuk melangkah ke suku akhir sehari selepas menyambut ulang tahun ke-32.

Pemain nombor satu dunia itu meraih kemenangan 6-3, 6-2, 7-6 (7/4) ke atas penghuni ranking ke-70 dunia itu, sekali gus menyamai rekod 12 penampilan di suku akhir Roland Garros.

Nadal selaku pilihan utama yang meraikan hari lahirnya kelmarin, kini berada dalam senarai ketiga pemain yang banyak melakar keme- nangan di Grand Slam dengan 234.

“Saya tidak berasa tua. Tetapi saya sudah 32 tahun, saya berada di sini sejak 2003, ia satu perjalanan yang jauh, memakan banyak tahun,” katanya.

“Saya bermula dari usia sangat muda. Itu benar. Namun, tidak, saya berasa gembira berada di sini. Jujurnya, saya menikmati hari demi hari dalam siri jelajah ini dan berharap dapat melakukann­ya pada masa terdekat ini.”

Nadal dijadual bertemu pemain Argentina, Diego Schwartzma­n dalam usaha memburu slot ke separuh akhir selepas pilihan ke-11 itu mempamerka­n peningkata­n bagi menewaskan pi-

 Makin hampir raih gelaran ke-11 Terbuka Perancis

lihan keenam,

Kevin Anderson,

1-6, 2-6, 7-5, 7-6 (7/0),

6-2.

“Sesuatu yang baik untuk bertemunya di suku akhir kerana dia seorang kawan yang baik. Dia seorang yang berusaha gigih dan saya gembira melihat kejayaanny­a. Saya berharap ia tidak begitu sukar,” kata Nadal.

Juara Grand Slam 16 kali itu kini melakar 37 set kemenangan berturut-turut di Roland Garros, hanya ketinggala­n empat set berbanding rekod dilakukan Bjorn Borg antara tahun 1979 hingga 1981. - AFP

 ??  ?? NADAL menewaskan Marterer dan melangkah ke suku akhir Terbuka Perancis, semalam.
NADAL menewaskan Marterer dan melangkah ke suku akhir Terbuka Perancis, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia