Harian Metro

Ricciardo dikenakan penalti petak pada Grand Prix Kanada Ahad ini

-

Epsom, England: Pemandu Red Bull Daniel Ricciardo

akan dikenakan penalti petak pada Grand Prix Kanada Ahad ini selepas memenangi perlumbaan di Monaco dengan unit kuasa yang rosak, kata ketua teknikal Adrian Newey.

Newey berkata, penalti berkenaan tidak dapat dielakkan oleh pemandu Australia itu yang kini berada di tangga ketiga kejuaraan di belakang Lewis Hamilton (Mercedes) dan Sebastian Vettel (Ferrari).

Ketiga-tiga pemandu teratas itu sudah memenangi dua perlumbaan setakat ini, tetapi Ricciardo ketinggala­n 38 mata di belakang pendahulu Hamilton akibat masalah jentera dan pelanggara­n dengan rakan sepasukan Max Verstappen ketika di Azerbaijan.

“Dia pasti akan dikenakan penalti di Montreal, kami belum tahu lagi berapa (petak),” kata Newey.

“Salah satu daripada isunya ialah sama ada bateri rosak atau tidak di Monacxo, jadi sehingga kami mendapat makluman daripada Renault kami tidak tahu apa yang bakal dihadapi. Yang jelas ia memang akan mengakibat­kan penalti.”

Unit jana kuasa motor MGU-K yang mengitar semula

(gambar)

tenaga yang terhasil ketika membrek, dan unit pada jentera Ricciardo rosak ketika perlumbaan di Monaco, di mana dia memenangin­ya tanpa bantuan unit berkenaan sepanjang 50 pusingan terakhir.

Pemandu dibenarkan menggunaka­n tiga unit kuasa setiap musim tetapi hanya dua MGU-K, dua penyimpan kuasa dan dua unit kawalan.

Ricciardo, yang menduduki tangga ketiga di Montreal tahun lalu di belakang gandingan Mercedes Hamilton dan Valtteri Bottas, kini sudah menggunaka­n MGU-K keduanya selepas kerosakan di Bahrain.

“Ia sekitar satu peratus (lebih kuasa), dalam 0.1 saat jadi ia berbaloi untuk digunakan, tetapi bukanlah faktor penentu,” katanya. Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia