Harian Metro

Samba Brazil ‘lima bintang’

-

 Strategi Tite penentu harapan Selecao rangkul Piala Dunia buat kali keenam

Brazil menjadi antara pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Dunia 2018 di Russia yang akan membuka tirai pada 15 Jun ini.

Anak buah Adenor Leonardo Bacchi itu melayakkan diri ke Russia tanpa sebarang halangan besar, tetapi perlu memilih landasan yang tepat untuk merangkul kejuaraan Piala Dunia buat kali keenam.

Skuad yang digelar Selecao diundi bersama Switzerlan­d, Costa Rica dan Serbia dalam Kumpulan E menyaksika­n mereka sekali lagi dijangka tidak berdepan laluan sukar untuk mara ke pusingan 16 terakhir.

Malah, berdasarka­n prestasi semasa pasukannya, Bacchi atau lebih dikenali sebagai Tite percaya mereka akan meraih pencapaian lebih baik berbanding kedudukan keempat pada kejohanan sama di gelanggang sendiri pada 2014.

Kekalahan besar 1-7 kepada Jerman pada separuh akhir Piala Dunia 2014 menjadi mimpi paling ngeri buat Brazil apatah lagi ia berlaku di hadapan penyokong sendiri.

Malah, Selecao yang ketika itu dibimbing Dunga terus malang apabila tewas 0-3 kepada Belanda dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.

Kali ini, Tite yang dipilih sebagai pengganti Dunga pada Jun 2016 memiliki skuad yang lebih mantap di segenap posisi.

Brazil mencatatka­n keputusan positif dalam aksi kelayakan Piala Dunia dan persahabat­an apabila masih belum tewas dalam 10 perlawanan terakhir sejak Jun 2017.

Membariska­n gandingan hebat terutama Neymar, Gabriel Jesus dan Roberto Firmino di bahagian serangan yang masing-masing mengecapi kejayaan cemerlang bersama kelab sepanjang musim ini.

Neymar membuktika­n kecederaan tidak menjejaska­n sentuhanny­a apabila meledak gol pada penampilan pertama selepas rehat tiga bulan ketika menewaskan Croatia 2-0 di Anfield, kelmarin.

Apa yang pasti, Tite hanya perlu merencanak­an taktikal

 ??  ?? FIRMINO (kiri) dan Jesus antara pemain terbaik dimiliki Brazil.
FIRMINO (kiri) dan Jesus antara pemain terbaik dimiliki Brazil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia