Harian Metro

Harap Neymar pulih

-

terbaik dengan barisan pemain berkelas lima bintang yang dia bawa ke Russia.

Brazil tidak seharusnya terlalu bergembira dengan persembaha­n cemerlang Neymar yang sudah menemui sentuhan jaringan pada penampilan pertamanya selepas berehat selama tiga bulan.

Sebaliknya, jurulatihn­ya, Tite dan seluruh peminat Brazil masih perlu mengharapk­an penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu pulih sepenuhnya sebelum bermula Piala Dunia di Russia 15 Jun ini.

Ia susulan Neymar sendiri mengakui yang dia masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan kaki, namun tetap berpuas dengan jaringan yang disumbangk­an untuk membantu Brazil menumpaska­n Croatia 2-1 pada aksi pemanas badan, kelmarin.

“Saya masih terasa sakit, tapi ia perkara biasa apabila anda terlalu banyak berjalan. Saya berada pada tahap 80 peratus kemampuan saya,” kata Neymar.

“Kembali beraksi dan melakukan perkara yang paling saya suka iaitu bermain bola sepak dan menjaringk­an gol, ia amat menggembir­akan.”

Neymar menjadi pemain bintang yang paling ditagih Tite untuk membawa misi menjulang Piala Dunia buat kali keenam di Russia nanti.

Dia yang akan membuat penampilan kedua di Piala Dunia sudah pasti mengharapk­an pencapaian lebih baik selepas sekadar berpuas hati di tempat keempat pada penampilan pertama dalam kejohanan terbesar dunia itu empat tahun lalu.

Malah, dengan prestasi cemerlang dua lagi penyerang, Gabriel Jesus dan Roberto Firmino bersama dua kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City dan Liverpool sepanjang musim ini dijangka dapat memudahkan lagi kerja Neymar di bahagian serangan.

 ??  ?? TITE akui Neymar penting bagi skuad Selecao.
TITE akui Neymar penting bagi skuad Selecao.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia