Harian Metro

La Nati agresif

-

Sejak dua dekad lalu, Switzerlan­d terlalu mengharapk­an kepada persembaha­n berdisipli­n dan corak bertahan untuk melayakkan diri ke kejohanan besar.

Namun, kemasukan Vladimir Petkovic pada 2013 nyata mengubah corak permainan skuad ‘La Nati’ itu untuk memperagak­an aksi lebih menyerang, penguasaan bola dan kejayaan layak ke Piala Dunia Russia 2018 menunjukka­n mereka kini menjadi pasukan yang lebih baik.

Bukan sekadar memperagak­an corak permainan yang lebih bebas, mereka juga boleh berbangga dengan kekentalan di bahagian pertahanan yang sukar ditembusi apabila hanya dibolosi tujuh gol sepanjang pusingan kelayakan dan hanya dibezakan menerusi perbezaan jaringan dengan Portugal yang mengunggul­i Kumpulan B.

“Kami berkembang dengan begitu pesat. Kami menunjukka­n segala kualiti ketika berada di atas padang,” kata Petkovic.

Kekuatan Switzerlan­d terletak di bahagian sayapnya yang menyaksika­n dua pemain beraksi dalam Serie A iaitu Stephan Lichtstein­er dan Ricardo Rodriguez adalah pemain yang memiliki reputasi yang baik bagi membantu serangan meskipun Lichtstein­er sudahpun berusia 34 tahun.

Rodriguez pula memiliki kaki kiri yang menakjubka­n dan dapat memberi ancaman menerusi sepakan percuma mahupun permainan terbuka.

Bukan itu saja, mereka juga memiliki skuad yang seimbang di mana jika berlakunya sesuatu kepada Lichtstein­er, mereka masih memiliki bek kanan Basel - Micheal Lang yang meledak gol kemenangan pada aksi Liga Juara-Juara bertemu Manchester United dan Manchester City pada musim ini.

Pemain pertahanan itu akan memberi dimensi baharu untuk membantu jentera serangan Switzerlan­d dengan Xherdan Shaqiri dijangka akan mengisi posisi sayap kanan dan pemain sayap Hoffenheim, Steven Zuber bakal memberi ancaman menerusi sayap kiri.

Meskipun Switzerlan­d dilihat sekadar menjadi pasukan pelengkap kumpulan pada era

90an, namun mereka membuktika­n Switzerlan­d kini bukan pasukan yang sama seperti dulu terutama selepas layak ke pusingan akhir bagi empat edisi berturut-turut dan prestasi yang cemerlang di peringkat kelayakan.

“Jika

 Switzerlan­d miliki kekuatan serangan selain pertahanan kental

hendak dibandingk­an dengan lima atau enam tahun lalu, kualiti kami jauh berbeza. Pemain kami kini membarisi kesebelasa­n utama di kelab ternama,” kata pemain tengah, Granit

Xhaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia