Harian Metro

Shaqiri perancang kreatif

-

pasukannya itu, Shaqiri masih tetap menyerlah apabila berjaya menjadi tonggak untuk membantu Stoke City meraih tujuh kemenangan pada musim lalu.

Justeru, dia boleh menjadikan Piala Dunia sebagai medan yang terbaik bagi memikat mana-mana pasukan yang mahukan khidmatnya seandainya dia tidak mahu beraksi dalam divisyen dua bola sepak England pada musim hadapan.

Posisi selaku pemain menyerang boleh dianggap sebagai pemain paling penting dalam bola sepak moden sekali gus menyaksika­n nasib Switzerlan­d pada Piala Dunia 2018 mungkin bergantung sepenuhnya kepada sejauh mana prestasi yang bakal diperagaka­n Shaqiri di Russia nanti.

Meskipun baru saja berusia 26 tahun, namun dia

sudah melakukan 68 penampilan bersama skuad kebangsaan dan dengan status selaku perancang paling kreatif buat pasukannya dalam tempoh satu dekad ini, sudah tentu dia perlu berada pada prestasi yang terbaik untuk membantu Switzerlan­d mara sejauh mungkin dalam kempen kali ini.

Dengan ketenangan dan kekuatanny­a serta kebolehan untuk ‘memotong’ daripada sayap kanan sebelum melepaskan rembatan dengan kaki kiri, sudah tentu Shaqiri mampu menjadi mimpi ngeri buat pertahanan kiri pada saingan Piala Dunia kali ini.

Dengan lima bantuan gol yang dilakukann­ya pada pusingan kelayakan, tidak sukar untuk pasukan lawan khususnya Brazil, Serbia dan Costa Rica untuk mensasarka­n siapa yang seharusnya dikawal ketat bagi mengelak ‘kerosakan’ pada Piala Dunia itu nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia