Harian Metro

‘BIARKAN KANE FOKUS BURU GOL’

- Reuters

 Cahill harap rakan sepasukan bantu ringan tugas kapten England

London

Pemain berpengala­man dalam skuad Piala Dunia England perlu memikul sebahagian tanggungja­wab dan beban kapten, Harry Kane bagi membenarka­n penyerang itu fokus memburu gol di Russia, kata pertahanan, Gary Cahill.

Kane, 24, mengetuai England dalam tiga daripada lapan perlawanan kelayakan Piala Dunia sebelum diserahkan lilitan di bahunya dan diharap mampu membantu pasukan berkenaan mara ke peringkat kalah mati.

“Penting untuk pemain berpengala­man dalam skuad membantuny­a supaya dia dapat memberi tumpuan untuk menggegar gawang,” kata Cahill kepada Standard Sport.

“Mesej yang diberikan oleh pengurus adalah jelas, yang dia mahukan beberapa ketua... Dia mahu sekelompok ketua untuk membantuny­a dan berkongsi bebanan kerja.

“Saya berada di sana untuk membantu. Saya tidak berada di sana untuk memberikan syarahan kepada sesiapapun, tapi saya mempunyai pengalaman bermain dalam perlawanan yang besar. Kami semua amat rapat dan semua orang boleh didekati.”

Penjaga gol yang masih belum beraksi bersama skuad kebangsaan, Nick Pope berkata hubungan rapat Gareth Southgate dengan skuad membantuny­a meningkat.

“Kami semua dapat bekerjasam­a dengan baik dan sentiasa bekerja keras setiap hari demi kebaikan pasukan,” kata Pope memetik kenyataann­ya kepada Burnley Express.

“Berlatih setiap hari adalah kerja yang sukar, tapi kami sentiasa memberikan tekanan sesama kami dan itu sepatutnya yang berlaku.

“Ia adalah tahap yang berbeza dan ia tiada yang lebih sukar berbanding England. Untuk berada dan sekitar tahap ini, ia adalah sesuatu yang hebat untuk saya.”

England diundi dalam Kumpulan G bersama Belgium, Panama dan Tunisia di pusingan akhir.

Mereka akan membuka tirai di Russia menentang pasukan dari

Afrika Utara pada 18

Jun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia