Harian Metro

HIKMAH TIRAI BESI

- Suzianah Jiffar suzianah@nstp.com.my

“Dulu pegang jarum pun tak pernah, sekarang saya mampu menjahit dua pasang baju kurung biasa sehari untuk tempahan raya,” kata Minah, 33, (bukan nama sebenar) penghuni Penjara Wanita Kota Kinabalu.

Dia antara 18 penghuni penjara itu yang kini tidak menang tangan mengambil upah menjahit baju, selain menyiapkan tempahan biskut raya sepanjang Ramadan, sekali gus kesibukan menghalang mereka daripada meratapi nasib di sebalik tirai besi.

“Saya banyak buang masa sebelum ini, tetapi sejak berada di sini, banyak pengalaman diperoleh dan kini saya mampu menjahit pakaian dan kemahiran ini akan saya gunakan untuk memulakan hidup baru kelak,” kata Minah yang menjalani hukuman penjara lima tahun tiga bulan, sejak Ogos 2016, atas kesalahan mencuri kereta dan dadah.

Aktiviti bengkel jahitan dimulakan 10 tahun lalu di penjara berkenaan dan kini lebih 25 mesin jahitan dibekalkan kepada pelatih untuk menyiapkan tempahan baju raya, cadar serta langsir daripada orang luar atau kakitangan penjara sendiri.

Wartawan NSTP yang mengunjung­i penjara itu baru-baru ini, berkesempa­tan melihat lebih dekat aktiviti banduan wanita membuat biskut raya yang biasanya ditempah lebih awal untuk jualan sempena Syawal.

Tanpa kemahiran dalam masakan, apa lagi pembuatan pastri dan biskut, banduan dikenali sebagai Siti, 24, yang menjalani hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan merompak mengakui cuma tahu nama biskut raya, tetapi tidak pernah membuatnya sendiri.

“Saya tidak pernah membuat biskut raya ketika berada di luar (rumah) sebelum ini dan saya mendapat kemahiran itu di sini (penjara).

“Sekarang saya tahu buat beberapa biskut raya seperti tart nanas, biskut arab, Almond London dan makmur, selain pelbagai jenis kek,” katanya yang menghuni penjara itu sejak 30 Oktober 2015.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu Nur Raudzah Mohamad Shahimi berkata, kemahiran diperoleh banduan wanita terutama dalam bengkel membuat biskut dan pastri serta menjahit, mampu mempersiap­kan diri menjadi insan berguna dan berkemahir­an selepas dibebaskan kelak.

Menurutnya, mereka bukan saja mendapat kemahiran dalam dua bidang itu, malah akan mendapat sijil selepas terpilih mengikuti Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).

 ??  ?? PENGHUNI penjara wanita menjahit baju kurung untuk dijual pada Hari Raya Aidilfitri. Lebih 25 mesin jahit dibekalkan kepada pelatih untuk siapkan
tempahan SALAH seorang penghuni penjara menyusun biskut untuk dijual.
PENGHUNI penjara wanita menjahit baju kurung untuk dijual pada Hari Raya Aidilfitri. Lebih 25 mesin jahit dibekalkan kepada pelatih untuk siapkan tempahan SALAH seorang penghuni penjara menyusun biskut untuk dijual.
 ?? FOTO ??
FOTO
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia