Harian Metro

‘Makan’ belasahan

 Lelaki cuba umpil restoran ditangkap orang awam lepas kereta terbabas

- Junaidi Ladjana junaidi_ladjana@ hmetro.com.my

Seorang lelaki dibelasah orang awam selepas cuba memecah masuk sebuah restoran yang popular dengan masakan Kelantan di Sulaman Central, Sepanggar di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, suspek berusia 30 tahun yang cedera di bahagian muka diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, pemilik restoran berusia lingkungan 30-an itu kebetulan lalu di kawasan berkenaan dan curiga dengan kehadiran sebuah Perodua Myvi di hadapan kedainya.

Dia kemudian memeriksa dan terkejut melihat dua lelaki sedang mengumpil pintu besi restoranny­a.

Lelaki itu menjerit ‘pencuri’ sebelum kedua-dua mereka melarikan diri dan seorang suspek berjaya ditangkap oleh orang awam selepas kereta dipandu mereka terbabas.

Suspek kemudianny­a dipukul sebelum diserahkan kepada polis yang tiba di lokasi sebaik dimaklumka­n berkenaan kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra ketika dihubungi mengesahka­n tangkapan itu dan suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

“Sepasukan polis yang menjalanka­n rondaan cegah jenayah ke tempat kejadian sebaik dimaklumka­n mengenai kejadian itu.

“Sebaik tiba, orang awam menyerahka­n seorang lelaki (suspek) yang cedera di muka,” katanya ketika dihubungi NSTP, semalam.

Chandra berkata, pemeriksaa­n ke atas kereta dipandu suspek menemui gergaji pemotong besi, satu alat pemotong besi dan pahat besi.

“Tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN kereta dinaiki suspek yang terbabas selepas cuba melarikan diri. PERKAKAS yang digunakan suspek dalam cubaan pecah masuk kedai.
KEADAAN kereta dinaiki suspek yang terbabas selepas cuba melarikan diri. PERKAKAS yang digunakan suspek dalam cubaan pecah masuk kedai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia