Harian Metro

Hajat curi bola golf Teliti pelaburan besar bawa impak ekonomi

-

Kuching: Pelaburan besar kerajaan negeri memenuhi aspirasi dasar ekonomi digitalnya tidak hanya membawa gelombang perubahan ekonomi, sebaliknya bakal menimbulka­n ‘gelombang kemarahan’ jika tidak diuruskan secara cekap.

Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Prof Mohd Fadzil Abdul Rahman mengakui inisiatif kerajaan negeri memacu pembanguna­n prasarana fizikal terutama dalam bidang teknologi digital di Sarawak selari tuntutan kemajuan masa kini.

Bagaimanap­un, beliau berkata, ia boleh mengundang padah kepada kerajaan negeri diterajui Barisan Nasional (BN) sekiranya kemajuan dicapai tidak menepati kehendak rakyat di peringkat akar umbi.

“Inisiatif (ekonomi digital) gambaran jelas hasrat dan aspirasi kerajaan negeri mahu Sarawak menjadi

 Pemuda, rakan dijel enam bulan ceroboh kawasan larangan

setanding dengan negeri lain di negara ini.

“Jika semua dirancangk­an itu dilaksana, Sarawak berpotensi melonjak jauh ke hadapan mendahului negeri lain sebagai negeri maju dari sudut digital. “Namun kerajaan negeri perlu melihat sentimen di sebalik polemik dan konflik terhadap tafsiran kemajuan itu terutama membabitka­n masyarakat luar bandar dan pedalaman yang mahu penyelesai­an prasarana asas seperti bekalan air terawat, elektrik dan akses jalan raya sempurna dilaksanak­an terlebih dahulu,” katanya.

Mohd Fadzil berkata, perasaan tidak senang disuarakan netizen Sarawak dalam media sosial boleh didengari bagi menggambar­kan tidak puas hati dalam kalangan rakyat membabitka­n keutamaan kepada projek mega seperti pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) dan penyediaan prasarana teknologi maklumat.

 ??  ?? NAJUAN (kiri) bersama rakannya mengaku salah atas pertuduhan.
NAJUAN (kiri) bersama rakannya mengaku salah atas pertuduhan.
 ??  ?? MOHD Fadzil
MOHD Fadzil

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia