Harian Metro

ROSMAH BERI KETERANGAN 3 JAM

 Rosmah beri kerjasama baik kepada penyiasat

- Mohd Husni Mohd Noor dan Teoh Pei Ying cnews@nstp.com.my

Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor beredar meninggalk­an Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, jam 3.45 petang semalam kira-kira tiga jam memberi keterangan berhubung siasatan membabitka­n SRC Internatio­nal.

Bagaimanap­un, usaha media untuk mendapatka­n penjelasan Rosmah gagal apabila beliau terus memasuki kenderaan dan beredar daripada bangunan berkenaan.

Sejurus selepas itu, peguam Rosmah, Datuk K Kumaraendr­an dan Datuk Geethan Ram Vincent kemudian tampil memberi sidang media ringkas kepada wakil media.

Kumaraendr­an sambil membaca kenyataan di telefon pintarnya berkata, anak guamnya selesai memberi keterangan kepada SPRM berhubung siasatan kes berkenaan.

“Proses mengambil keterangan mengambil masa kira-kira tiga jam.

“Saya hanya membaca kenyataan ini dan tidak akan mengambil (menjawab) apa-apa soalan daripada media,” katanya di luar bangunan SPRM.

Beliau berkata, pegawai penyiasat melakukan proses mengambil keterangan secara profesiona­l dan anak guamnya memberi kerjasama penuh terhadap siasatan kes berkenaan.

Terdahulu, Rosmah tiba di Ibu Pejabat SPRM jam 10.43 pagi ditemani anak perempuann­ya, Nooryana Najwa Mohd Najib bersama suami, Daniyar Kessibayev.

Rosmah yang memakai baju kurung bercorak bunga berwarna biru dan berselenda­ng merah kelihatan tenang dan sempat melemparka­n senyuman kepada wakil media.

Beliau tiba dengan Mercedes-Benz S350 bernombor pendaftara­n WQF11 diiringi dua kenderaan lain.

Nooryana dan Daniyar terlebih dulu meninggalk­an bangunan berkenaan jam 11.40 pagi sebelum datang semula ke Ibu Pejabat SPRM jam 2.45 petang.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dipanggil dua kali ke Ibu Pejabat SPRM masing-masing pada 22 dan 24 Mei lalu bagi memberi keterangan berhubung kes sama.

 ??  ??
 ??  ?? ROSMAH keluar dari Ibu Pejabat SPRM selepas selesai memberi keterangan, semalam.
ROSMAH keluar dari Ibu Pejabat SPRM selepas selesai memberi keterangan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia