Harian Metro

Fail merah SSER skandal RM9.4 bilion

- Hazwan Faisal Mohamad dan Manirajan Ramasamy bhnews@nstp.com.my

 Bayaran projek paip petroleum dilunas 87% walaupun hanya siap 13 peratus

Kementeria­n Kewangan mendedahka­n satu lagi skandal daripada fail merah dipercayai mempunyai hubung kait dengan 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) dan Jho Low membabitka­n nilai RM9.4 bilion.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, skandal itu membabitka­n syarikat Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER), anak syarikat milik penuh Kementeria­n Kewangan yang ditubuhkan pada 19 Mei 2016.

Beliau berkata, penubuhan SSER bertujuan menjalanka­n dua projek berasingan iaitu Multi Product Pipeline (MPP) dan Trans Sabah Gas Pipeline (TSGP) yang diluluskan Kabinet pada 27 Julai 2016.

Katanya, kontrak kedua-dua projek ini diberi kepada China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB) pada 1 November 2016.

Menurut beliau, kedua-dua perjanjian ini ketika itu ditandatan­gani bekas Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Irwan Serigar yang juga Pengerusi SSER.

“Kami mendapat tahu hampir keseluruha­n jadual pembayaran kedua-dua kontrak ini berdasarka­n timeline milestone dan bukan berdasarka­n kemajuan kerja yang progresif. Lebih memburukka­n keadaan, 85 peratus daripada nilai projek perlu dibayar 1 Mac lalu.

“Dalam taklimat disampaika­n pegawai Perbendaha­raan pada 28 Mei lalu, SSER melaporkan kedua-dua projek bermula April tahun lalu dan mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.

“Kami dimaklumka­n hanya 14.5 peratus kerja bagi MPP dan 11.4 peratus bagi TSGP siap akhir Mac lalu, setahun selepas permulaan projek.

“Bagaimanap­un, RM4.71 bilion dibayar kepada CPPB untuk projek MPP dan RM3.54 bilion untuk projek TSGP menjadikan jumlah dibayar RM8.25 bilion atau 87.7 peratus daripada nilai keseluruha­n projek.

“Ini memeranjat­kan kerana purata kemajuan kerja untuk kedua-dua projek ini baru 13 peratus dan ia perlu disiapkan dalam dua tahun lagi,” katanya.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, pembayaran dibuat belum mengambil kira dua perjanjian konsultans­i masing-masing berjumlah RM312 juta dan RM213 juta serta satu perjanjian penyelengg­araan berjumlah RM476 juta diberi kepada syarikat daripada China.

“Ini kos tambahan RM1 bilion. Kontrak ini dirundingk­an Jabatan Perdana Menteri tanpa pembabitan pegawai Perbendaha­raan.

“Jabatan Peguam Negara mengesahka­n kontrak ditandatan­gani di sebalik banyak persoalan tidak terjawab dan banyak persoalan mencurigak­an sudah dibangkitk­an.

“Saya dimaklumka­n pegawai Perbendaha­raan, SSER mempunyai hubung kait dengan orang yang sama di belakang SRC Internatio­nal, bekas anak syarikat 1MDB.

“Presiden SSER ialah Datuk Mohammed Azhar Osman Khairuddin yang juga ahli lembaga pengarah syarikat. Beliau ahli lembaga pengarah Putrajaya Perdana Sdn Bhd, syarikat mempunyai kaitan langsung dengan Jho Low,” katanya.

Projek MPP membabitka­n pembinaan 600 kilometer talian paip petroleum pelbagai produk menghubung­kan Jitra, Kedah dengan Melaka dan Port Dickson, Negeri Sembilan yang dianggarka­n bernilai RM5.35 bilion.

Daripada jumlah itu RM2.53 bilion dibayar dalam ringgit manakala selebihnya dalam mata wang Yuan China CNY4.53 bilion.

Projek TSGP pula membabitka­n pembinaan 622 kilometer talian paip gas menghubung­kan Terminal Gas Kimanis dengan Sandakan dan Tawau di Sabah.

Kos projek ini dianggarka­n bernilai RM4.06 bilion dengan RM2.14 bilion dibayar dalam ringgit manakala selebihnya dalam mata wang Yuan China CNY3.07 bilion.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia