Harian Metro

Krisis Menteri Besar Perlis selesai

- Safeek Affendy Razali dan Iskandar Shah Mohamed cnews@nstp.com.my

“Tidak perlulah (polis) memburu saya secara besar-besaran termasuk bekerjasam­a dengan Polis Antarabang­sa (INTERPOL) kerana saya masih berada dalam negara,” ujar Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Pengerusi Gabungan NGO Malaysia itu juga mendakwa, apa yang dilakukann­ya sebelum ini hanyalah kesalahan kecil dan bukan jenayah mengancam keselamata­n orang ramai di negara ini.

Beliau berkata, kesalahan yang dilakukan seperti melakukan protes dengan memecahkan botol arak dengan menggunaka­n penukul sempena Festival Arak tahun lalu di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor di Shah Alam hanyalah kesalahan kecil.

“Kesalahan itu hanya membabitka­n denda tidak lebih RM400 dan kesalahan lain yang saya lakukan, contohnya mengadakan perhimpuna­n haram hanya didenda RM100 dan sebagainya. “Terpulangl­ah kepada kerajaan untuk meminta INTERPOL atau kerjasama daripada polis negara luar, tetapi saya masih berada dalam negara,” katanya menerusi satu rakaman perbualan telefon.

Jamal berkata, perkara itu juga disahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali, yang berkata Jamal belum dikesan menerusi mana-mana pintu rasmi, keluar dari negara ini.

“Apa yang paling penting adalah saya tidak melanggar undang-undang negara (Malaysia),” katanya.

Minggu lalu, satu video tersebar luas di laman sosial, yang memaparkan Jamal berada dalam satu ladang kelapa sawit dan lokasinya dipercayai di Indonesia.

“Tidak perlulah (polis) memburu

saya secara besar-besaran, termasuk bekerjasam­a dengan

Polis Antarabang­sa

Jamal Md Yunos FAKTA Jamal bercakap dalam satu rakaman perbualan telefon

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia