Harian Metro

BELA ARWAH IBU

 Anak mangsa dirempuh tonto berdepan pelbagai cabaran dakwa ada pihak cuba tutup kes

- Skuad Khas Harian Metro am@hmetro.com.my

Hampir dua tahun berlalu, namun masih banyak teka-teki belum terjawab di sebalik kematian pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan Anisah Ali ketika bertugas akibat dilanggar kenderaan tonto. “Kes ini seperti cuba ditutup pihak tertentu. Selagi kematian ibu saya tidak dibela, saya akan terus berjuang,” kata anaknya Afiq Luqman Mohd Baharudin, 24, yang mendakwa berdepan pelbagai cabaran termasuk diugut dalam usaha menuntut keadilan.

Saya juga terima tawaran sambung pengajian dipercayai bagi menutup mulut

Afiq

Kematian tragis pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan, Anisah Ali yang dirempuh tonto dalam kejadian di Banggol Chicha, Pasir Mas, Kelantan sudah masuk hari ke-605.

Pelbagai usaha dilakukan anaknya, Afiq Luqman Mohd Baharudin, 24, untuk menuntut bela terhadap kematian pegawai kerajaan itu dengan membuat aduan dan laporan kepada pihak berkaitan.

Antara pihak menerima aduan dan laporan Afiq Luqman termasukla­h Polis Diraja Malaysia (PDRM), Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM, Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Suruhanjay­a Integriti Agensi Penguatkua­saan (SIAP), Ahli Parlimen, badan bukan kerajaan dan aktivis masyarakat namun masih menemui jalan buntu.

Menurut Afiq Luqman, kematian ibunya ketika menjalanka­n tugas memerangi kegiatan penyeludup­an rokok seludup seperti tidak dibela agensi kerajaan.

“Kes itu seperti cuba ditutup pihak tertentu. Selagi kes itu (kematian Anisah) tidak dibela, saya akan terus berjuang,” katanya kepada wartawan Skuad Khas Harian Metro.

Afiq berkata, pelbagai cabaran termasuk ugutan dihadapiny­a dalam menuntut pembelaan arwah ibunya itu.

“Saya juga menerima pelbagai tawaran termasuk menyambung pengajian ditawarkan pihak tertentu dipercayai bagi menutup mulut berkaitan isu ini. Itu tidak termasuk saya diekori individu atau kumpulan tidak dikenali,” katanya.

Menurutnya, pembelaan wajar perlu diberikan terhadap ibunya yang bertugas menjaga keamanan negara kerana jika dibiarkan, kumpulan tonto ataupun dalang sindiket pasti naik tocang.

“Mana tidaknya, ketua kumpulan tonto dipercayai terbabit kes berkenaan dibebaskan dengan alasan pihak berkuasa kekurangan bukti untuk mendakwa.

“Saya juga mahu penjelasan daripada Bukit Aman sejauh mana benar dakwaan mengatakan ketua kumpulan itu ada hubungan dengan seorang pegawai kanan polis,” katanya.

Afiq berkata, pembelaan kes ibunya bukanlah kes terpencil kerana ia membabitka­n penjawat awam yang bertugas mengawal keselamata­n negara.

“Jika kes besar sebegini ditutup, sudah pasti penjawat awam lain bimbang keselamata­n mereka, sekali gus tidak menjalanka­n tugas dengan penuh amanah. Jadi, adakah perkara ini boleh diambil ringan?” katanya. Menjawab soalan wartawan, Afiq berkata, arwah ibunya sering mengadu menerima ugutan daripada kumpulan penyeludup. “Rumah dan kenderaan pernah disimbah cat oleh mereka. Tetapi, ibu terus bersemanga­t untuk meneruskan tugas sehinggala­h kecelakaan menimpanya pada 7 Oktober lalu,” katanya.

Katanya, dalam kes pembelaan ibunya itu, dia menuntut suspek dan pihak atasan yang bersekongk­ol dengan kejahatan ditangkap dan didakwa segera.

“Proses inkues kematian arwah ibu saya perlu segera dijalankan bersama inkuiri SUHAKAM dijalankan ke atas kes ini. Seterusnya, saya gesa semua agensi terbabit memulakan siasatan penuh kepada kumpulan penjenayah terancang itu,” katanya.

Dalam tragedi pada 7 Oktober 2016 pada jam 1.25 pagi di Banggol Chicha, Pasir Mas, Kelantan, kenderaan dinaiki Anisah bersama dua rakan sekerjanya dilapor dihimpit sebelum dirempuh kenderaan digunakan tonto yang melindungi sindiket penyeludup­an rokok.

Rempuhan itu menyebabka­n kenderaan dinaiki Anisah jenis Isuzu D-MAX terbabas dan melanggar pokok.

Anisah disahkan meninggal dunia jam 11.50 malam sehari kemudian ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) akibat kecederaan dalaman dan komplikasi usus.

 ??  ?? ARWAH Anisah Ali.
ARWAH Anisah Ali.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 10 Oktober 2016. AFIQ menunjukka­n gambar kenangan bersama ibunya ketika konvonya pada 7 September 2015 lalu.
LAPORAN Harian Metro 10 Oktober 2016. AFIQ menunjukka­n gambar kenangan bersama ibunya ketika konvonya pada 7 September 2015 lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia