Harian Metro

'Saya hanya orang biasa dan pelantikan ini satu tanggungja­wab yang berat'

-Tommy Thomas Penguam Negara

- Hidir Reduan dan Fahmy Azril Rosli cnews@nstp.com.my

 Bekas Peguam Negara ingatkan Tommy Saya ingin ucapkan tahniah kepada beliau dan selamat maju jaya dengan ingatan bahawa tugasan sebagai Peguam Negara bukanlah suatu yang mudah”

Mohamed Apandi Ali

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengingatk­an Peguam Negara yang baru, Tommy Thomas bahawa jawatan yang digalas kini bukan tugas yang mudah.

Mohamed Apandi ketika dihubungi semalam berkata, sehubungan itu beliau menguhak capkan tahniah dan selamat maju jaya di atas pelantikan Tommy sebagai Peguam Negara yang baru.

“Saya ingin ucapkan tahniah kepada beliau dan selamat maju jaya dengan ingatan bahawa tugasan sebagai Peguam Negara bukanlah suatu yang mudah.

“Semoga berjaya di kerusi panas. Ia bukan mudah kerana ia jawatan yang sukar,” katanya.

Isu pelantikan Peguam Negara menggantik­an Mohamed Apandi yang ketika ini bercuti tanpa rekod selama 30 hari mulai 15 Mei lalu tercetus apabila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengusulka­n nama peguam veteran, Tommy untuk pertimbang­an Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V memperkena­nkan pelantikan Tommy sebagai Peguam Negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, atas nasihat Perdana Menteri, baginda menitahkan perkara itu mengikut Perkara 145 (1) Perlembaga­an Persekutua­n.

“Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV menyeru semua rakyat Malaysia untuk menerima bahawa pelantikan Peguam Negara Malaysia tidak patut menimbulka­n konflik ke atas kaum atau agama kerana semua rakyat Malaysia harus dilayan dengan adil tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.

Pada kenyataan bertarikh 4 Jun yang dihantar Istana Negara semalam, Wan Ahmad Dahlan berkata, Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa pelantikan tersebut tetap memelihara hak keistimewa­an orang Melayu dan Bumiputera serta kedudukan Islam sebagai agama Persekutua­n.

“Setelah mengambil kira pandangan Duli-Duli Yang

Maha Mulia Raja-Raja tentang pelantikan (i) Peguam Negara Malaysia, (ii) Bumiputera serta (iii) peranan Majlis Raja-Raja di bawah Perkara 153 Perlembaga­an Persekutua­n, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku juga memperkena­n penamatan perkhidmat­an Tan Sri Mohamad Apandi Ali sebagai Peguam Negara oleh kerajaan Malaysia,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? TOM MY
TOM MY
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia