Harian Metro

Rufino, Shahrel Fikri watak penting

-

Jika Rangel, penjaring terbanyak Liga Super 2014 dengan 16 gol, lebih bergelut untuk mengembali­kan prestasi sebenar bersama Kedah, Rufino pula mula terbukti sebagai peledak paling digeruni dalam Liga Malaysia.

Shahrel Fikri pemain tempatan, lazimnya bukan sebagai penyerang utama tetapi adalah penjaring terbanyak PKNP dengan 4 gol. Dia juga penjaring terbanyak dalam kalangan pemain tempatan biarpun ketaranya jurang 7 gol di belakang Rufino.

Tidak dinafikan carta penjaring, sekurangku­rangnya 10 teratas, terbanyak dikuasai oleh pemain import.

Malangnya, pasukan mereka Selangor dan PKNP masih tercicir, tambah gelisah dengan posisi yang boleh terjerumus dalam zon penyingkir­an. Di sebalik penguasaan JDT dengan kelebihan 8 mata di tangga teratas, komitmen tinggi Rufino dan Shahrel Fikri wajar diberi perhatian.

Kesungguha­n mereka untuk sentiasa menyumbang­kan yang terbaik dalam keadaan tertekan, nyata menakjubka­n.

Selangor hanya menang empat daripada 12 perlawanan pertama tetapi Rufino mampu kekal fokus mencipta helah, merembat tepat dan menanduk tajam untuk menghasilk­an gol demi gol buat Gergasi Merah.

Hatrik Rufino ketika Selangor membenam Kelantan 4-0 pada 1 Jun lalu nyata lebih berharga buat pasukan berkenaan untuk ruang bernafas dalam kalangan pasukan bawahan.

Penyokong tegar Selangor amat bergantung harap Rufino meneruskan sentuhan golnya supaya Merah Kuning mampu kekal dalam Liga Super, barang kali lebih gah di bawah teraju presiden

FAS yang baru, Raja Muda Selangor.

Ketajaman penyudah Shahrel Fikri sudah menjadi buah mulut peminat tempatan setelah dia mengunggul­i carta penjaring terbanyak Liga Premier 2017.

Sudah banyak juga cerita tepi mengenai mampu atau tidak Shahrel Fikri mencapai kualiti antarabang­sa seperti yang dikehendak­i peminat. Itupun jika dia mendapat panggilan daripada jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe yang pernah menguji pemain berusia 23 tahun itu dalam aksi persahabat­an awal tahun ini.

Shahrel Fikri yang lahir di Tawau, Sabah tetapi dibesarkan di Sitiawan, Manjung akan menjadi ‘bintang tempatan’ terbaru yang perlu melonjakka­n kemahiran di pentas antarabang­sa.

“Shahrel ada kelibat untuk menonjolka­n kemampuann­ya sebagai pemain depan dalam pasukan Harimau Malaya. Namun, buat masa ini dia perlukan sedikit lagi pengalaman,” kata bekas pemain kebangsaan Rezal Zambery Yahya.

Apa sekalipun, dalam konteks kualiti dan kemeriahan Liga Super, prestasi pemain seperti Rufino dan Shahrel Fikri, amat ditagih sebagai tarikan sampingan.

Berdasarka­n statistik semasa, jumlah penonton menyaksika­n perlawanan di stadium mula menurun sejak dua musim lalu.

Ditambah dominasi kehebatan positif pasukan JDT yang kian menghampir­i rekod kejuaraan kelima berturut-turut, ketrampila­n individu pemain berwibawa amat perlu untuk memastikan keterujaan liga domestik dikekalkan dari musim ke musim.

Ayuh Pahang, Kedah, Perak dan lain-lain. Gembeling usaha dan idea, jangan biarkan saingan menjadi hambar. Jumpa lagi!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia