JADUAL PIALA DUNIA
Anggota perkhidmatan awam tidak dibenar terima sebarang hadiah
Sultan Selangor dukacita pihak perlekeh istana
Zahid bebas sokong atau bangkang
ADUN Ijok, Dr Idris Ahmad bakal MB Selangor?
Hishammuddin tak bertanding sebarang jawatan UMNO
“Kerajaan mengamalkan dasar tanpa hadiah kepada anggota perkhidmatan awam sebagai usaha menangani rasuah dan ketirisan dalam perkhidmatan awam,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri berkata, amalan itu bukan saja satu kesalahan bagi penerima, tapi juga pemberi hadiah.
“Sesiapa nak bagi hadiah kepada saya, saya tidak akan terima, tapi boleh bagi bunga, makanan, buah tapi tidak lebih daripada itu.
“Kita tolak semua (hadiah) termasuk kereta... kita tolak, tak boleh bagi dan ini juga (dasar) bagi pegawai tinggi kerajaan, tidak boleh terima sebarang hadiah,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai keutuhan pengurusan kerajaan di sini, semalam.
Dr Mahathir berkata, kerajaan amat serius dalam menangani rasuah dan sehingga kini beberapa tindakan diambil terhadap penyelewengan dalam pentadbiran.
“Banyak penyelewengan dalam pentadbiran, banyak wang kerajaan yang hilang.
“Ada satu kes sebuah syarikat membekalkan elektrik kepada sekolah membabitkan peruntukan lebih RM1 bilion, kontrak diberi kepada syarikat ini, tetapi syarikat ini tidak membuat apa-apa pun, tapi sudah kutip duit daripada kerajaan, namun tidak ada kerja di lapangan dilakukan.
“Sekarang ini kita akan ambil tindakan terhadap badan-badan seperti ini, masalah penyelewengan yang berlaku dalam pemberian kontrak,” katanya.
Selain itu, Dr Mahathir berkata, kerajaan akan menggunakan panduan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam strategi melawan rasuah.
Ketika ditanya perasaannya apabila Ahad ini genap sebulan dilantik semula sebagai Perdana Menteri, Dr Mahathir menjawab:
“Saya suka dapat kembali mengadakan sidang media,” katanya berseloroh.
Kita tolak semua termasuk kereta.. kita tolak, tak boleh bagi dan ini juga (dasar) bagi pegawai tinggi kerajaan”
Tun Dr Mahathir Mohamad