GERAI KAK CUN ‘DISERBU’
Kelainan peniaga nasi ayam jadi tarikan pelanggan
“Dari jauh saya sudah nampak kain rentang merah tertera tulisan Coca-Cola dan ia memang menjadi tarikan kerana kelainan yang ditampilkan di meja peniaga,” kata Hussain Abdu Kadir, 57.
Pegawai operasi sebuah syarikat swasta itu ditemui ketika membeli juadah berbuka puasa di Gerai Kak Cun di Bazar Ramadan Masjid Jamek Sungai Nibong, Bayan Lepas di sini, semalam.
Dia berkata, penggunaan kain serta pakaian peniaga tertera tulisan Coca-Cola itu memang menarik, sekali gus membuatkan orang ramai mahu menghampiri gerai yang dipilih.
“Mungkin gerai yang dipilih Coca-Cola itu sendiri mempunyai tarikan tersendiri dan saya juga memang pelanggan tetap di gerai Kak Cun yang menjual nasi ayam dan pelbagai juadah lain.
“Makanan yang dijual menepati citarasa saya sejak dulu lagi,” katanya.
Pemilik Gerai Kak Cun, Hafizah Mohamed Rafe, 33, berkata, dia berniaga di bazar itu sejak empat tahun lalu dan menjual nasi ayam sebagai menu utama.
Menurutnya, selain nasi ayam, dia turut menjual nasi ayam black pepper, ayam penyet, ayam kicap, laici kang serta dadih buatan sendiri.
“Saya berniaga di sini bersama sepupu dan syukur kerana setiap hari kami dapat menjual 80 bungkus nasi ayam yang berharga RM5 setiap satu.
“Resipi nasi ayam ini diperoleh sejak turun-temurun daripada ibu saya dan lebih istimewa ia diperap dengan madu terlebih dulu,” katanya.
Menurutnya, dia mula minat berniaga sejak usianya 18 tahun dan pernah mengusahakan perniagaan nasi campur di kawasan kilang berhampiran.
“Saya gembira kerana dipilih
Mungkin gerai yang dipilih Coca Cola itu sendiri mempunyai tarikan tersendiri dan saya juga memang pelanggan tetap di gerai Kak Cun”
Hussain Abdu Kadir
menyertai Program Coca-Cola KU kerana menjadikan gerai saya lebih ceria dan dapat menarik minat orang ramai,” katanya.
Program Coca-Cola KU melaksanakan komitmen secara global untuk memperkasakan lebih lima juta usahawan wanita menjelang 2020.