ROSAK TERUK H
Miri:
ampir semua jalan penghubung, khususnya di kawasan pedalaman dan luar bandar di wilayah utara negeri ini, yang dibina melalui Projek Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia (ATM) didapati mengalami kerosakan serius.
Malah, ada antara laluan itu sukar dilalui kenderaan biasa kecuali kenderaan pacuan empat roda berikutan keadaan jalan yang tidak sempurna, sekali gus menjejaskan kehidupan harian penduduk setempat.
Difahamkan, hanya laluan penghubung di Marudi dalam proses dibaik pulih, manakala dua lagi laluan, masingmasing di Ba'kelalan dan Belaga masih belum dinaik taraf sehingga kini.
Justeru, Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Pertahanan digesa mengambil tindakan segera menaik taraf laluan berkenaan atau membaiki kerosakan yang berlaku untuk kemudahan penduduk setempat.
Penduduk Belaga, Juan Merigai, 56, berkata, laluan sepanjang 34 kilometer di Belaga mengalami kerosakan serius, dengan ada beberapa lokasi didapati berisiko mengalami tanah runtuh.
"Kita turut mendapati berlaku kejadian tanah mendap di beberapa lokasi, yang boleh menyebabkan laluan itu roboh jika tidak dibaiki segera. Ini juga membabitkan isu keselamatan pengguna laluan berkenaan, terutama penduduk setempat.
"Jika berlaku tanah runtuh atau jalan berkenaan mendap atau roboh, penduduk terputus hubungan kerana ia satu-satunya laluan penghubung kami ke pekan atau bandar berhampiran," katanya ditemui NSTP, kelmarin.
Juan berkata, sudah beberapa kali penduduk setempat memohon laluan berkenaan dinaik taraf seperti dilaksanakan di Marudi, namun tidak mendapat maklum balas pihak berkaitan.
"Sampai bila kita mahu diselubungi ketakutan menggunakan laluan berlubang dan licin, terutama selepas hujan," katanya.
Sementara itu, peniaga, Chin Hui Lian,
45, berkata, perjalanan sejauh 34 kilometer dari Belaga ke Persimpangan Bakun mengambil masa lebih sejam memberikan banyak implikasi negatif.
"Sepatutnya, jarak perjalanan yang tidak jauh itu dapat dilalui untuk tempoh yang singkat. Situasi ini, turut mendorong kenaikan
Laluan sepanjang 34 kilometer melalui Projek Jiwa Murni ATM turut alami tanah runtuh
harga barangan yang dijual di Belaga," katanya .
Pandangan sama turut disuarakan penduduk Ba'kelalan, Jurak Apoi,
38, meminta Kerajaan Persekutuan menaik taraf segera laluan itu.
"Kita mintalah jasa baik wakil rakyat Pakatan Harapan, Baru Bian menyuarakan isu ini supaya Kerajaan Persekutuan dapat menaik taraf segera Jalan Ba'kelalan.
"Banyak lagi keperluan masyarakat pedalaman dan luar bandar di Sarawak perlu diberikan perhatian, khususnya infrastruktur perhubungan dan kemudahan asas," katanya.
"Kami mengeluarkan mangsa sebelum mayat diserah kepada polis untuk tindakan lanjut.
"Mangsa dibawa ke Hospital Kota
Belud untuk proses selanjutnya," katanya dihubungi NSTP semalam.
Rozlan berkata, operasi mengeluarkan mangsa tamat jam
4.50 petang.