Hendra dilantik Ketua Pegawai Fintech CIMB
CIMB Group (CIMB) melantik Hendra Lembong sebagai Ketua Pegawai Fintech (Teknologi Kewangan) berkuat kuasa 1 Jun.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkata, beliau gembira dengan pelantikan Hendra yang berpengalaman luas.
“CIMB Fintech adalah unit strategik CIMB untuk memeriksa dan melabur dalam teknologi baru yang merangkumi antara lain AI, blockchain, sains data dan pembelajaran mesin, untuk membolehkan kami mendigitalkan teras kami dan meningkatkan pengalaman pelanggan.
“Oleh itu, CIMB FinTech akan memainkan peranan penting dalam perumusan strategi pertumbuhan jangka sederhana yang akan datang. Saya yakin dengan pengalaman luas dan kepemimpinan kukuh Hendra, CIMB Fintech akan berada di landasan untuk membantu kumpulan mencapai cita-cita digital untuk meningkatkan cadangan nilai kami untuk pihak berkepentingan kumpulan dan 13 juta pelanggan di seluruh ASEAN,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Hendra memulakan kerjaya di CIMB pada 2013 sebagai Ketua Perbankan Transaksi CIMB Niaga, Indonesia.
Pada 2017, peranan beliau diperluaskan ke peringkat serantau kepada Ketua Pegawai Eksekutif perbankan transaksi kumpulan.
Hendra memegang Ijazah Sarjana Sains dalam Kejuruteraan Kimia dari University of Washington, Amerika Syarikat, dan Sarjana Sains dalam Sistem Kejuruteraan-Ekonomi, Stanford University, Amerika Syarikat.