Harian Metro

CEO LEMAS

CEO Cradle Fund Sdn Bhd maut dalam kebakaran di rumahnya tengah hari semalam

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@nstp.com.my

> “Arwah seorang yang mudah mesra dan berperwata­kan sederhana dalam kalangan rakan serta pekerja bawahan. Kami sangat terkejut mendapat berita kematianny­a,” kata Amrin, salah seorang kenalan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan yang maut dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Homes. Mangsa meninggal dunia akibat lemas berpunca terhidu asap selain melecur 30 peratus pada bahagian badan, lapor Mohd Azam Shah Yaacob.

Arwah seorang yang mudah mesra dan berperwata­kan sederhana termasuk dalam kalangan rakan serta pekerja bawahan. Jadi, kami agak terkejut apabila mendapat berita kematianny­a.

Demikian kata Amrin, salah seorang kenalan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan, 47, yang maut dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Homes di sini kira-kira jam 12.20 tengah hari, semalam.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa berada berseorang­an di dalam bilik rumah kembar dua tingkat yang didiami. Manakala isteri serta anak lelakinya berada di ruang tamu tingkat bawah.

Kebakaran disedari jiran mangsa yang melihat asap tebal berwarna hitam keluar dari bilik tingkat atas kediaman mangsa sebelum menghubung­i bomba.

Menurut Amrin, dia bersama kenalan lain terkejut menerima berita itu terutamany­a memandangk­an tinggal sehari saja lagi umat Islam bakal menyambut Aidilfitri

dan tidak menyangka kejadian itu terjadi.

“Memang tidak sangka sebabnya dalam umat Islam bakal meraikan hari kemenangan menyambut hari raya selepas sebulan berpuasa, tiba-tiba dapat berita sedih begini.

“Sebagai kenalan yang rapat dengan keluarga Allahyarha­m, saya sedih dan merasakan satu kehilangan besar kerana arwah cukup baik orangnya,” katanya ketika ditemui di pekarangan rumah mangsa di Mutiara Homes, semalam.

Bagaimanap­un, usaha wartawan mendapatka­n komen daripada isteri serta keluarga mangsa gagal berikutan mereka enggan ditemui.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata ketika dihubungi, kes berkenaan diklasifik­asikan sebagai mati mengejut akibat kebakaran dan jenazah di bawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Katanya, mangsa dipercayai meninggal dunia akibat lemas berpunca terhidu asap selain melecur 30 peratus pada bahagian badan akibat kebakaran.

“Kematian mangsa disahkan oleh seorang pegawai perubatan dari Hospital Sungai Buloh yang membuat pemeriksaa­n pada tubuh mangsa.

“Mayat mangsa kini dihantar ke PPUM untuk proses bedah siasat,” katanya.

Menurut Mohd Zani, punca

kebakaran masih belum diketahui dan masih dalam siasatan pihak bomba.

 ??  ??
 ??  ?? MANGSA berseorang­an di dalam bilik rumah kembar dua tingkat didiami.
MANGSA berseorang­an di dalam bilik rumah kembar dua tingkat didiami.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia