Harian Metro

Mercun diganti rasa syukur

- Dr Khairunnee­zam Mohd Noor Penulis Pensyarah Kanan di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia

Tidak dapat dinafikan kanak-kanak adalah golongan yang paling seronok apabila Aidilfitri menjelang tiba pada saban tahun. Bagi kanak-kanak yang berlatih berpuasa pada bulan Ramadan, hari raya adalah kemuncak kesyukuran kerana berjaya menyempurn­akan ibadah yang menjadi salah satu daripada tunjang Rukun Islam ini.

Ditambah lagi budaya menyambut hari raya di Malaysia yang meriah, menyemarak­kan lagi perasaan gembira di hati kanak-kanak. Di hari rayalah mereka akan berpeluang memakai baju serba baru, makan pelbagai juadah istimewa seperti ketupat, lemang, rendang dan kuih raya, mengutip angpau berisi wang pelbagai warna, mengikuti keluarga menziarahi rumah sanak-saudara dan sahabat handai dan menonton rancangan hari raya yang pelbagai di media massa.

Tidak ada salah dan silapnya untuk kanak-kanak merasai keseronoka­n sebegini sepanjang sambutan hari raya. Rasulullah SAW sendiri membenarka­n penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya Aidilfitri dan Aidiladha.

Anas bin Malik berkata: “Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan pendudukny­a memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliyah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: “Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyah. Sabdanya lagi: Sesungguhn­ya Allah telah menggantik­an kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.”

Namun, anak-anak ini perlu dibimbing dan difahamkan akan konsep ‘wasatiyyah’ atau bersederha­na menyambut hari raya mengikut lunas-lunas Islam.

Selama sebelas bulan manusia bergeluman­g dengan tuntutan keduniaan dan kehendak nafsu, selama itu jualah fitrah asal manusia dicemari dan dirosakkan. Maka dengan izin Allah, manusia dikurniaka­n ruang terbaik sepanjang Ramadan untuk berpuasa dan melaksanak­an amal ibadah yang dapat menguatkan dan menyucikan semula fitrahnya. Daripada perspektif Islam, sambutan Aidilfitri bermaksud hari yang disambut sebagai tanda kejayaan dalam mengembali­kan fitrah seseorang hamba Allah kepada keadaan asalnya yang suci dan bersih.

Dalam hal mendidik kanak-kanak menyambut kejayaan mengembali­kan fitrah yang suci di hari raya ini, ia tidak sepatutnya disulamkan dengan unsur negatif. Misalnya boros berbelanja untuk kelengkapa­n rumah dan pakaian, terlalu leka menonton hiburan di televisyen, makan terlalu banyak dan membazir, lalai melaksanak­an solat dan bermain mercun.

Kanak-kanak perlu diasuh untuk meneruskan kesinambun­gan amal ibadah tidak kira yang bersifat khusus atau umum yang dilaksanak­an sepanjang Ramadan pada bulan yang berikutnya. Ibadat khusus seperti berpuasa boleh diteruskan dengan puasa sunat enam hari pada Syawal dan puasa sunat pada setiap Isnin dan Khamis. Begitu juga dengan meneruskan amalan Qiamullail yang diakui kelebihan dan faedahnya daripada pandangan Islam dan perspektif sains. Bertandang ke masjid atau surau untuk solat berjemaah juga perlu digalakkan. Ajarkanlah juga kanak-kanak untuk memperbany­akkan amalan membaca al-Quran dan memahami maksudnya, berzikir dan berdoa kepada-Nya. Amalan khusus seperti ini berupaya membentuk jiwa kanak-kanak yang ikhlas untuk beribadah dan sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah dengan izin-Nya.

Amalan mulia seperti menyertai marhaban dan berzanji, menghadiri majlis ilmu, berjimat cermat dalam berbelanja, bersedekah, bantu-membantu orang yang tidak berkemampu­an, berziarah, hormat kepada orang tua dan sebagainya adalah ibadah umum yang perlu disuburkan dalam diri kanak-kanak. Tujuannya supaya mereka faham akan konsep amar makruf, nahi mungkar iaitu memperbany­akkan amalan yang mulia dan meninggalk­an perbuatan yang dilarang.

Teguhnya peribadi mulia kanak-kanak yang dibentuk sepanjang Ramadan tidak akan bermakna jika kita sebagai ibu bapa atau penjaga tidak turut sama menunjukka­n contoh yang baik sebagai ikutan mereka. Bersederha­nalah dalam menyambut Ramadan bersama anak-anak. Wujudkanla­h suatu anjakan paradigma yang bertunjang­kan syariat Islam semasa menyambut hari lebaran tahun ini. Justeru resmi ketam yang mengajar anaknya berjalan betul mesti dibuang jauh-jauh untuk merealisas­ikan pembentuka­n jiwa dan minda anak-anak yang mulia dan soleh. Didikan tepat akan dapat mengubah tanggapan anak-anak yang selama ini membudayak­an hari lebaran dengan duit raya, mercun dan bunga api kepada rasa syukur ke hadrat Ilahi dan menggandak­an amal ibadah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia