Harian Metro

MUKA BARU PENYERI CERITA

- Amirul Haswendy Ashari. haswendy@hmetro.com.my

Selain drama Nur hangat diperkatak­an peminat, drama Makmum Yang Paling Aku Cinta yang disiarkan di saluran Hypp TV juga tidak kurang hebatnya.

Bukan sahaja dua pelakon utamanya, Bella Dally dan Nazrief Nazrie dipuji peminat berikutan lakonan berkesan, malah barisan pelakon pembantu yang terdiri daripada muka baru dalam industri turut terkena tempiasnya.

Pelakon Faris Fitri bersyukur apabila pengikut setia siri itu menyifatka­n wataknya sebagai Shukor sebagai penyeri jalan cerita.

“Penonton sudah mula menyedari kehadiran saya dalam industri selepas dua tahun mencuba nasib.

“Banyak pengalaman menarik sepanjang penggambar­an drama ini dan ia peluang terbaik untuk saya mempelbaga­ikan watak,” katanya yang sudah menjayakan tujuh telefilem dan empat drama setakat ini.

Terbaru, Faris bakal muncul dengan drama Sejuta Rasa Buat Adelia untuk slot Mega Drama di saluran Astro Ria.

Rakannya, Sri Nurmanis Azman atau mesra disapa Manis berkata, drama itu beri impak besar termasuk menerima pelbagai komen di laman sosial.

Katanya, ramai penonton bersimpati dengan watak Yuna lakonannya.

“Saya sendiri kasihankan Yuna. Apatah lagi ini drama pertama lakonan saya dan banyak pengalaman diraih.

“Syukur, kemunculan pertama saya dalam drama mendapat maklum balas positif penonton,” katanya.

Seorang lagi pelakon baru, Aamin Rahim turut teruja dengan reaksi penonton meskipun wataknya tidak terlalu menonjol dalam drama itu.

Pun begitu, wataknya tetap menarik kerana punya kelainan sebagai penyiasat persendiri­an.

“Saya masih dalam proses belajar dan apa

Watak pelakon pembantu drama Makmum Yang Paling

Aku Cinta beri impak besar

yang diperoleh sepanjang terbabit dalam bidang ini berguna untuk kehidupan seharian.

“Selain itu, saya dapat meningkatk­an lagi mutu lakonan dan bakat lain,” katanya.

Pelakon asal Kuantan, Fahmy Reza berkata, wataknya sebagai Mustafa mempunyai keistimewa­an sendiri kerana boleh bertutur dialek Pahang.

Pun begitu, dia melihat drama ini mempunyai mesej yang memberi makna tersendiri dalam

 ?? FOTO: ??
FOTO:
 ??  ?? FAHMY dan Manis dapat maklum balas peminat.
FAHMY dan Manis dapat maklum balas peminat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia