Harian Metro

HARI JADI PENUH TEKANAN

Messi beri bayangan aksi di Russia sebagai penampilan terakhir di Piala Dunia

- Reuters

Sambutan hari lahir Lionel Messi yang ke-31 minggu ini menjadi petanda betapa Russia mungkin menjadi penampilan terakhirny­a di Piala Dunia dan juga peluang terakhir untuk mengikut jejak legenda Argentina, Diego Maradona.

Kapten Argentina yang diberi jolokan “La Pulga” itu sudah menjulang segala trofi ditawarkan di peringkat kelab bersama Barcelona, tetapi kejayaan diraih Maradona - Piala Dunia dan Copa America - masih belum dikecapi Messi.

Buat rakyat Argentina, sekali pun Messi dianggap pemain terbaik dunia ketika ini, dia tidak memperoleh status sama dengan Maradona yang memenangi Piala Dunia pada 1986.

Malah, dengan persembaha­n bawah tahap sebenar yang ditampilka­n pasukan itu ketika aksi kelayakan selepas seri 1-1 dengan Iceland, impian Messi untuk menyamai kejayaan Maradona di Russia tampak lebih berliku.

Ia menjadi lebih sukar apabila dia gagal menyempurn­akan sepakan penalti pada perlawanan berkenaan yang turut disaksikan Maradona, sekali pun legenda itu melabel keputusan seri itu sebagai kegagalan berpasukan.

“Lihat, saya menggemari Messi, kami semua menggemari­nya. Tetapi segala-galanya tidak menjadi buatnya di peringkat antarabang­sa,” kata peminat Argentina yang berada di Russia, Guillermo Aguirre.

“Saya mahu melihatnya menjulang trofi berkenaan, jadi debat antara Maradona boleh berakhir kerana ia tidak adil untuknya. Tetapi jika saya realistik, Brazil mempunyai peluang terbaik,” katanya.

Ramai menjangkak­an Messi akan mengumumka­n persaraan di pentas antarabang­sa sejurus aksi di Russia selepas beberapa kali dikecewaka­n di pentas final termasuk Copa America, dua tahun lalu apabila dia sekali lagi gagal menyempurn­akan penalti.

“Jelas legasi Messi akan menjadi lebih tinggi andai mencapai kemenangan di Russia, tetapi dia tidak memerlukan kemenangan di Piala Dunia untuk dinilai setaraf Maradona,” kata penulis sukan berpangkal­an di London, Greg Lea dalam artikelnya buat The Sportsman.

“Liga Juara-Juara ketika ini adalah di puncak permainan dari segi kualiti dan Messi sudah memenangin­ya beberapa kali.”

Messi juga mendapat sokongan beberapa bekas pemain kebangsaan negaranya dengan bekas penyerang, Claudio Caniggia berkata tidak adil untuk meletakkan segala tanggungja­wab di bahu pemain itu.

 ??  ??
 ??  ?? MESSI
JEDINAK
MESSI JEDINAK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia