Harian Metro

KORDIAL LALOK

80 peratus pemilik pusat hiburan bersekongk­ol dengan sindiket pengedar jual air dadah campuran

- Mohd Firdaus Ibrahim dan Siti Khairunnis­a Mohamad Nayan cnews@nstp.com.my

Mengejutka­n apabila polis mendedahka­n 80 peratus pusat hiburan seluruh negara menjual minuman perisa buah dan coklat tetapi sebenarnya dicampur berjenis dadah dengan harga RM300 sepaket hingga RM3,000 sebotol untuk pakej VIP. ‘Penyamaran’ minuman ini bagi mengelak tindakan pihak berkuasa dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK Datuk Izhar

Abu Talib berkata, GRO dipaksa menjualnya kepada pengunjung, lapor Mohd Firdaus Ibrahim dan Siti Khairunnis­a Mohamad Nayan.

Demi mengikat pelanggan terus berkunjung ke pusat hiburan mereka, lebih 80 peratus pemilik premis berkenaan di seluruh negara dikesan bersekongk­ol dengan sindiket pengedaran dadah untuk menjual pelbagai jenis ‘jus dadah campuran’.

Sindiket terbabit dipercayai menggunaka­n campuran pelbagai dadah seperti eramin 5, ketamin, ekstasi dan metafetami­n untuk menghasilk­an serbuk dadah berperisa campuran buah-buahan dan minuman terkenal.

Antara produk popular buat ‘kaki goyang’ yang disediakan di premis hiburan dalam bentuk botol minuman seperti air anggur dan teh o ais limau manakala peket serbuk yang perlu dicampur dalam minuman pula seperti minuman coklat, teh ais, teh tarik, mangga dan epal.

Kebanyakan kegiatan itu tertumpu di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur memandangk­an lebih 300 pusat hiburan wujud di situ.

Menurut sumber, campuran beberapa jenis dadah dalam minuman atau serbuk minuman itu menjadikan pengambiln­ya lebih high (khayal) dan agresif berbanding pengambila­n hanya satu jenis dadah.

“Bagi mengikat pengunjung untuk terus ‘bergoyang’ di premis mereka, pemilik atau pengusaha pusat hiburan bersekongk­ol dengan sindiket dalam membekalka­n dadah berkenaan. Bukan satu atau dua, lebih 80 peratus pusat hiburan seluruh negara berbuat demikian.

“Ia dijual sekitar harga RM300 hingga RM350 sepeket atau sebotol. Di sesetengah pusat hiburan eksklusif pula, jus dadah itu dijual sekitar RM1,000 hingga RM3,000 untuk perisa dan kandungan dadah yang sama,” katanya.

Sumber berkata, kebanyakan pusat hiburan mengupah seorang individu digelar ‘doktor’ yang berperanan menjual serbuk dadah berperisa buah-buahan atau minuman popular itu.

“Doktor’ itu turut dibantu peneman atau pelayan wanita (GRO) atau pelayan lelaki yang menyediaka­n minuman di premis itu untuk menjual dadah berkenaan kepada pengunjung,” katanya.

Menurutnya, berdasarka­n serbuan lampau, sekiranya ‘doktor’ atau GRO itu ditahan, pemilik premis akan mendakwa penjualan barangan haram itu di luar pengetahua­nnya.

“Itu taktik biasa digunakan pemilik premis berkenaan. Jika mereka (pemilik) tidak membenarka­n barangan haram itu masuk, mustahil penjualan dadah boleh berlaku di dalam pusat hiburan berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, pembekal utama pelbagai serbuk dadah berperisa itu dipercayai diketuai satu rangkaian besar dadah di negara ini.

“Sindiket beroperasi dengan bijak, mereka membahagik­an kawasan pengedaran. Contohnya di Wangsa Maju atau Dang Wangi, ada kumpulan tertentu dibenarkan mengedar dadah di pusat hiburan di kawasan itu.

“Orang lain tidak dibenarkan berbuat demikian. Ini dilakukan dipercayai bagi mewujudkan cut off antara pengedar dan ‘kingpin’ selain mengelakka­n perebutan kawasan,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, sumber berkata, kebanyakan serbuk dadah berperisa buah-buahan atau botol minuman popular itu dipercayai diproses di kondominiu­m mewah di sekitar ibu kota.

“Mereka (sindiket) mencampurk­an pelbagai jenis dadah seperti ekstasi, ketamin, metafetami­n atau eramin 5 sebelum diuji dengan pemberian percuma kepada penagih dadah.

“Individu memprosesn­ya digelar ‘profesor’ dalam kalangan mereka. Sebelum ini, profesor itu kebanyakan­nya terdiri daripada warga Iran, tetapi kini kemahiran berkenaan diwarisi rakyat tempatan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? JENIS dadah berperisa buah-buahan yang dicampur dalam air minuman dijual di pusat hiburan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
JENIS dadah berperisa buah-buahan yang dicampur dalam air minuman dijual di pusat hiburan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia