Harian Metro

KJ sahut debat Ku Li

Tok Mat tak ada kem PPBM tak terima adik Shahidan “Saya tidak akan popular selama-lamanya” -TunM Kit Siang pertahan anak

- Luqman Arif Abdul Karim cnews@nstp.com.my

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menafikan populariti dirinya seperti dicanang pelbagai pihak adalah penyumbang terbesar kejayaan meraih sokongan pengundi Melayu.

Beliau sebaliknya berkata: “Saya tidak akan popular selama-lamanya. Satu hari, saya akan jadi tidak popular kerana apabila kita berada dalam kerajaan, anda perlu laksanakan perkara tidak popular, justeru ia bukan sesuatu yang bersifat tetap.

“Cuma sekarang, rakyat gembira dan mereka rasa bahawa kehidupan ketika saya kali pertama menjadi Perdana Menteri (pada 1981) adalah lebih baik berbanding Najib,” katanya pada temu bual eksklusif dengan portal South China Morning

Post (SCMP), semalam. Dalam perkembang­an lain, Dr Mahathir berkata, pola pengundian pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu menunjukka­n wujud peralihan sokongan golongan Melayu daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH).

Katanya, perubahan yang dicerminka­n pengundi di pinggir bandar dan ibu kota berpunca daripada kekecewaan mereka terhadap pelbagai keburukan dalam UMNO khususnya skandal rasuah yang kian meruncing dalam parti berkenaan.

“Pengundi di luar bandar sukar memahami isu terbabit,

namun mereka dapat menyelami keperitan berdepan

peningkata­n kos sara hidup,” katanya.

Cuma sekarang, rakyat gembira dan rasa kehidupan ketika saya kali pertama menjadi Perdana Menteri (pada 1981) adalah lebih baik berbanding Najib”

Tun Mahathir

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia