Harian Metro

Laksana hukuman berat, sekat terus operasi

-

Kuala Lumpur: Pusat hiburan yang dikesan atau pernah diserbu pihak berkuasa kerana menjual dadah sepatutnya tidak dibenarkan kembali beroperasi.

Pakar kriminolog­i, Datuk Akhbar Satar berkata, penjualan dadah di kebanyakan pusat hiburan bukan isu baru, tetapi perkara itu tidak pernah berakhir dan kembali berulang.

“Penjualan dadah yang sentiasa berlaku di premis itu juga menimbulka­n tanda tanya terhadap integriti pihak berkuasa dalam menjalanka­n tugas dan tanggungja­wab mereka.

“Sepatutnya premis diserbu dan dikesan terbabit dalam penjualan dadah dikenakan hukuman berat supaya premis itu tidak lagi beroperasi. Ini berlaku sebaliknya,” katanya.

Memperinci­kan perkara itu, Akhbar berkata, siasatan lebih mendalam perlu dilakukan di pusat hiburan seluruh negara bagi memastikan tiada penjualan dadah di premis berkenaan.

“Siasat dengan terperinci, siapa pembekal sebenar (dadah) sebelum serbuan dilakukan. Jangan hanya lakukan serbuan biasa iaitu serbu, lakukan ujian saringan air kencing kepada pengunjung sebelum menahan

mereka yang positif dadah.

“Tetapi, tiada langsung tindakan dikenakan kepada pemilik atau pengusaha pusat hiburan, apatah lagi pengedar dadah. Mustahil pemilik pusat hiburan tidak tahu mengenai kegiatan penjualan dadah di premisnya sendiri,” katanya.

Perkara itu tidak pernah berakhir dan kembali berulang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia