Harian Metro

Kakak bimbang masalah brek

-

Kuala Lumpur: Penumpang bas ekspres, Emylia Md Zaki, 35, yang maut dalam nahas di Lebuhraya Karak, Gombak, petang kelmarin, sempat menghantar mesej WhatsApp kepada adiknya memaklumka­n bas dinaiki mengalami masalah brek.

Bagaimanap­un adik mangsa, Mohd Azwan Md Zaki tidak menyangka maklumat diberikan itu berakhir tragedi apabila kakaknya maut tersepit sejurus bas dinaiki merempuh pembahagi jalan sebelum terbalik.

Nahas jam 6.30 petang itu di Kilometer 33.3, Lebuhraya Karak hala ke ibu kota menyebabka­n 10 penumpang cedera manakala 29 lagi terselamat.

Azwan berkata, bas ekspres berkenaan dinaiki kakaknya bersama suami, Megat Laiman dan dua anak pasangan itu, Megat Mohd Azim, 11 dan Megat Hakimi, 13.

“Mereka menaiki bas di Stesen Bas Bandar Jengka, Pahang, jam 1 tengah hari (kelmarin) untuk pulang ke rumah di Shah Alam, Selangor, selepas berhari raya di kampung.

“Namun sekitar jam 4.05 petang, saya menerima mesej WhatsApp dihantar kakak memaklumka­n kebimbanga­n berikutan bas mengalami masalah brek,” katanya.

Menurutnya, dia sedikit gusar namun yakin penumpang bas lain akan mengambil tindakan menasihati pemandu bas ekspres itu.

“Saya terkejut apabila mendapat tahu bas berkenaan terbabit kemalangan di Lebuhraya Karak. “Saya hanya mengetahui tragedi menimpa kakak apabila dihubungi seorang anak mangsa, Hakimi sejurus kemalangan berlaku. Hakimi dan adiknya tidak cedera serius dalam kemalangan itu,” katanya.

Jenazah Emylia yang selesai dibedah siasat di Hospital Selayang pagi semalam selamat dikebumika­n di Felda Sungai Tekam Utara, Jerantut, Pahang.

 ??  ?? EMYLIA bersama suami dan anaknya.
EMYLIA bersama suami dan anaknya.
 ??  ?? SERAMAI 10 penumpang cedera dalam nahas di Lebuhraya Karak.
SERAMAI 10 penumpang cedera dalam nahas di Lebuhraya Karak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia