Harian Metro

Suspek kes budak koma kena mercun ditahan

-

Johor Bahru: Seorang lelaki berusia 35 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut terkena serpihan mercun di FELDA Papan Timur, Kota Tinggi, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superinten­dan Ashmon Bajah berkata, lelaki terbabit ditahan pasukan siasatan khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi di FELDA terbabit jam 1.30 tengah hari tadi.

“Bertindak atas maklumat pasukan tangkapan khas terbabit yang diketuai Pegawai Jabatan Siatan Jenayah (JSJ), Inspektor Davendran menahan suspek lelaki berusia 35 tahun.

“Lelaki tempatan itu ditahan di kawasan FELDA Papan Timur pada jam 1.30 tengah hari hasil maklumat siasatan dan risikan pasukan tangkapan khas yang dibentuk,” katanya.

Beliau berkata berikutan tangkapan itu, kes berjaya diselesaik­an.

“Kertas siasatan akan dirujuk segera kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut,” katanya.

Katanya, pasukan siasatan khas itu ditubuhkan­nya sejak 18 Jun lalu sejurus kes terbabit dilaporkan, selain beliau sendiri mengetuai pasukan yang dibentuk itu.

Akhbar hari ini melaporkan, selepas empat hari berjuang untuk hidup, akhirnya Nuraqira Khaeefa Mohd Saad, 7, menghembus­kan nafas terakhir kelmarin tanpa sempat memakai baju raya.

Dia koma selepas kepalanya terkena serpihan bekas mercun ketika bersama sepupu membersihk­an halaman rumah datuknya di FELDA Papan Timur, Kota Tinggi, Johor, malam Aidilfitri lalu.

Nuraqira Khaeefa meninggal dunia jam 7 malam kelmarin selepas koma empat hari apabila kepalanya terkena serpihan bekas mercun yang meletup terpelanti­ng dan terlekat di kepalanya pada malam Aidilfitri lalu.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa bersama tiga sepupu mengutip sampah di halaman rumah datuk dan neneknya di FELDA Papan Timur, di sini.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Kota Tinggi (HKT) sebelum dirujuk ke HSA pada hari sama.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia