Harian Metro

Aisyah mula tersenyum

- Mohamed Farid Noh farid_noh@nstp.com.my

“Kami sekeluarga juga terharu apabila menerima ratusan tetamu sejak hari raya pertama yang mahu melawat Aisyah, malah ada yang datang dari Perak

semata-mata mahu memberi semangat

Siti Noorfadila­h Yusofe

 Budak dilarikan warga Nepal dikunjungi ramai tetamu Aisyah hanya menangis ketika bangun tidur akibat trauma apatah lagi ketika dia dilarikan Aisyah sedang tidur”

Siti Noorfadila­h Yusofe

“Walaupun kecederaan luka di bahagian tengkuk belakang Aisyah masih belum pulih akibat gigitan kerengga, Aisyah makin kerap tersenyum dan seronok menerima kunjungan ramai tetamu yang mahu melawatnya sejak kejadian kehilangan­nya disiarkan akhbar,” kata ibunya, Siti Noorfadila­h Yusofe, 30.

Siti Noorfadila­h, ibu kepada Nur Aisyah Hasmizan, 17 bulan atau dipanggil

Aisyah yang dilarikan lelaki warga Nepal selepas memecah masuk kediaman keluarga wanita itu di

Kampung Parit Lanjut, Mukim Sungai Terap di sini, 7 jun lalu berkata, anak perempuann­ya tidak banyak meragam, berbeza selepas kejadian menimpanya.

“Aisyah hanya menangis ketika bangun tidur akibat trauma, apatah lagi ketika dia dilarikan Aisyah sedang tidur, namun selain itu dia makin ceria dan gembira dikeliling­i keluarga serta menerima kunjungan ramai tetamu.

“Kami sekeluarga juga terharu apabila menerima ratusan tetamu sejak hari raya pertama yang mahu melawat Aisyah, malah ada yang datang dari Perak semata-mata mahu memberi semangat.

“Ramai juga tetamu yang memberikan air penawar untuk memulihkan semangat Aisyah seperti dulu dan kami sekeluarga berbesar hati dengan keprihatin­an semua pihak dan melayan semua tetamu yang mahu berjumpa Aisyah dengan ikhlas, ” katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, Aisyah dilarikan individu tidak dikenali selepas memecah masuk rumah keluargany­a.

Nur Aisyah ditemui dan diselamatk­an polis jam 3.45 petang kira-kira 15 jam selepas dilaporkan hilang di kawasan belukar, satu kilometer dari rumah keluargany­a.

Siti Noorfadila­h berkata, dia sekeluarga juga sudah mengambil langkah keselamata­n termasuk memasang pagar di sekeliling rumah bagi menghalang kediaman mereka diceroboh.

Katanya, kini dia pula yang trauma apabila sukar tidur dan lebih suka melihat bayi dan tiga lagi anaknya tidur.

 ??  ??
 ??  ?? KESAN luka di bahagian
tengkuk Nur Aisyah akibat digigit kerengga belum pulih sepenuhnya.
KESAN luka di bahagian tengkuk Nur Aisyah akibat digigit kerengga belum pulih sepenuhnya.
 ?? FOTO: IHSAN KELUARGA ?? NUR Aisyah bersama keluarga.
FOTO: IHSAN KELUARGA NUR Aisyah bersama keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia