Harian Metro

Buang gunting dalam longkang

-

Kuala Lumpur: Bukan pisau sebaliknya gunting tajam yang digunakan penjenayah untuk menikam bertubi-tubi seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun hingga mati.

Dalam kejadian jam 9 malam Isnin lalu, mangsa dibunuh bapa saudaranya di rumah mangsa di Jalan Kuang Gunung 4, Kepong di sini, selepas ditinggalk­an neneknya.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, suspek berusia 21 tahun itu kemudian membuang gunting itu ke dalam longkang berhampira­n rumah mangsa bertujuan menghilang­kan bukti.

Menurutnya, senjata itu bagaimanap­un ditemui anggota polis di luar rumah mangsa terbabit.

“Gunting itu ditemui di dalam longkang ketika anggota polis membuat pemeriksaa­n di kawasan sekitar bagi mencari bahan bukti,” katanya kepada wartawan, semalam.

Munusamy berkata, mengikut laporan awal bedah siasat, mangsa ditikam lebih 30 kali dengan sebahagian besarnya di bahagian belakang badan.

“Punca kematian akibat kecederaan paru-paru selepas ditikam menggunaka­n gunting oleh suspek.

“Ada kemungkina­n besar suspek menutup mulut mangsa sebelum menikamnya dengan kejam pada hari kejadian,” katanya.

Beliau berkata, hasil soal siasat polis mendapati suspek mengambil dadah sehari sebelum kejadian.

“Suspek juga tinggal di rumah yang sama dengan ibu mangsa dan ibunya. Namun suspek dihalau selepas ibunya mengetahui dia menagih dadah,” katanya.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia