Harian Metro

Duit raya RM3,000 turut hangus

-

Shah Alam: “Kami bukan saja tidak sempat menyelamat­kan apa-apa termasuk dokumen penting malah pakaian dan duit raya lebih RM3,000 turut lebur menjadi abu.”

Itu keluhan Mohd Tawil Hasan Raji, 66, selepas kediamanny­a di Kampung Bukit Cerakah Jaya di sini, musnah dijilat api, Ahad lalu ketika dia sekeluarga keluar beraya dan membeli juadah di sekitar kawasan itu.

Sambutan Aidilfitri kali ini bertukar suram bagi bapa kepada sembilan anak dan 20 cucu itu kerana kini mereka hanya tinggal sehelai sepinggang.

Mohd Tawil berkata, ketika kejadian, dia dan isteri, Wagimah Wagimin, 62, keluar membeli makanan manakala semua anak dan cucunya beraya di Kampung Kapar, Klang.

“Pada jam 11.10 pagi, saya terkejut apabila dimaklumka­n anak mengenai kebakaran itu dan terus bergegas pulang.

“Sebaik tiba di rumah, hati saya luluh melihat rumah yang didiami hampir 40 tahun lalu marak dijilat api,” katanya ditemui di lokasi, semalam.

Hadir menziarahi keluargany­a, Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Muhammad Shakir Ameer Mohideen serta wakil Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 22 Shah Alam, Ahmad Faudzi Mohd Nazam.

Menurutnya, ketika kejadian bomba mengalami kesukaran untuk memadamkan kebakaran berikutan kekurangan aliran air di kawasan tinggi itu sebelum ia dapat dipadamkan sepenuhnya.

Sementara itu, Muhammad Shakir berkata, pihaknya akan memanjangk­an isu bekalan air kepada kerajaan negeri termasuk mengenai bantuan bencana untuk keluarga berkenaan.

Orang ramai yang ingin menghulurk­an sumbangan boleh menghubung­i anak mangsa, Ashari Mohd Tawil di talian 011-11853855 atau menyalurka­nnya di akaun bank CIMB 1218000047­6208.

Kami bukan saja tidak sempat menyelamat­kan apa-apa termasuk dokumen penting malah pakaian dan duit raya lebih RM3,000 turut lebur menjadi abu”

Mohd Tawil

 ??  ?? MOHD Tawil dan isteri tinggal sehelai sepinggang apabila rumah yang didiami musnah dalam kebakaran, Ahad lalu.
MOHD Tawil dan isteri tinggal sehelai sepinggang apabila rumah yang didiami musnah dalam kebakaran, Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia