Harian Metro

Harga masih sama

-

Kuala Lumpur: Penurunan harga barangan selepas Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) berkadar sifar dilihat tidak memberi kesan kepada harga barangan semasa terutama bahan mentah.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, walaupun penurunan harga barangan mentah tetapi hanya di sesetengah tempat pada musim perayaan dan bukan secara menyeluruh.

Katanya, pihaknya masih menunggu laporan Indeks Harga Pengguna Malaysia (IHP) Julai daripada Jabatan Statistik Negara untuk menyemak turun naik harga barang.

“Lazimnya, keputusan IHP hanya keluar selepas 20 hari bulan. Dari situ, kami nampak sama ada berlaku penurunan, kenaikan atau pengekalan sesuatu harga barangan.

“Antara kumpulan utama yang biasa mencatatka­n peningkata­n ialah indeks makanan dan minuman bukan alkohol yang biasanya naik dalam satu atau dua mata,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris menjelaska­n, sepanjang beberapa minggu pemerhatia­n pihaknya selepas GST berkadar sifar, harga makanan masih sama.

“Sedikit penurunan antara 20 sen hingga 30 sen tetapi harga bahan mentah masih sama menyebabka­n peniaga tidak menurunkan harga makanan.

“Kami harap garis panduan dikerluark­an untuk peniaga menyelaras­kan harga barangan dan tiada salah faham,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia