Harian Metro

Sikit saja tu...

-

 Sufian Suhaimi anggap masalah kemurungan Haqiem tidak keterlalua­n

seorang yang teliti hinggakan masalah kecil pun dia memikirkan­nya dengan mendalam.

“Kalau betul dia mengalami masalah itu, saya rasa ia masih terkawal. Lagi pun, dia tidak bersendiri­an sebaliknya tinggal bersama keluarga. Pada masa sama, dia masih mendapat sokongan moral tinggi daripada orang sekeliling dan peminat.

“Jika dibandingk­an dengan remaja lain, kehidupan Haqiem jauh lebih bertuah. Sebagai rakan, saya menghormat­i setiap apa dilakukan. Cuma, saya berasakan dia tidak akan berhenti menyanyi,” katanya kepada Harian Metro.

Sufian yang popular menerusi lagu Di Matamu berkata, Haqiem juga sering berkongsi masalah membabitka­n hal peribadi, kerjaya dan perhubunga­n dengan rakan.

“Setiap kali dia berkongsi masalah, saya juga bercerita pengalaman yang pernah dilalui dan cara macam mana mengatasi terutama ketika saya putus tunang.

“Malah, Haqiem lebih banyak tahu masalah sebenar yang berlaku. Dari situ, dia boleh belajar dan dijadikan motivasi untuk keluar daripada masalah.

“Mungkin juga masalah dihadapi sekarang adalah perkara baru untuknya. Kalau nak bercakap soal tertekan dalam industri muzik, dia sepatutnya sudah arif kerana telebih dahulu terbabit dalam bidang ini,” katanya.

Haqiem sebelum ini mengumumka­n akan berhenti menjadi penyanyi kerana menghadapi masakan depresi.

Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatka­n kenyataan Haqiem tidak berjaya kerana dia tidak menjawab panggilan dan mesej.

Bagaimanap­un, wakil syarikat rakaman FMC Music, Fatulrahim berkata, Haqiem belum bersedia untuk ditemu bual.

“Haqiem belum bersedia untuk sebarang sesi fotografi dan temu bual. Tunggu bulan depan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia