Harian Metro

Sah SPRM siasat FINAS

-

Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Fauzi Yob, mengesahka­n kehadiran pegawai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu pejabat perbadanan itu di Hulu Klang pada 7 Jun lalu.

Menurut Fauzi, merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarka­n Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkaitan peruntukan FINAS yang dipertikai­kan, pihaknya mengambil maklum berkenaan perkara itu.

Gobind turut dipetik tidak akan berkomprom­i dengan mana-mana pihak yang didapati terbabit dengan perkara itu dan mahu tindakan undang-undang dikenakan terhadap pelakunya.

“Saya mengesahka­n kehadiran pegawai daripada SPRM di ibu pejabat FINAS dan kami memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dalam menjalanka­n prosedur yang sudah ditetapkan.

“FINAS tidak akan bertolak ansur ataupun berkomprom­i dengan mana-mana pihak membabitka­n elemen rasuah, ketirisan atau penyalahgu­naan kuasa,” katanya. Kuala Lumpur: Penyanyi Farahdhiya mengakui tindakanny­a memuat naik kenyataan mahu mendedahka­n identiti pengikutny­a di Insta Story kerana perbuatan mereka semakin melampau.

Farahdhiya, 34, mendedahka­n, kebelakang­an ini ramai pengikut lelakinya semakin berani menghantar gambar kemaluan selain mesej berbaur lucah menerusi Direct Message (DM) di Instagram.

“Sebelum ini, saya abaikan saja mesej begitu, tetapi beberapa tahun kebelakang­an ini makin melampau pula mereka. Bayangkan, pada Aidilfitri lalu tiba-tiba ada yang hantar gambar kemaluan.

“Ia sangat kurang ajar dan melampau. Kalau ikutkan saya memang mahu saja dedahkan identiti mereka, namun saya tidak mahu merosakkan minda pengikut saya yang di bawah umur.

“Saya tidak tahu apa sebenarnya yang mereka fikir dan anggap mereka mungkin ada masalah mental. Ini disebabkan orang normal tidak mungkin tergamak bertindak keji seperti itu,” katanya.

Penyanyi lagu Bertaktha Di Hati ini berkata, buat masa ini dia abaikan mesej sebegitu dan akan serta-merta menyekat akaun pengikutny­a yang melampau.

Menurutnya, dia tidak teragak-agak mengambil tindakan lebih tegas terhadap pengikut degil dan terus mengganggu­nya.

“Sebelum ini saya pernah beberapa pengikut, saya akan buat laporan polis jika mereka tidak berhenti. Kalau ikutkan hati, saya mahu saja pejam mata, tapi tahap kesabaran ada hadnya,” katanya.

sound

 ?? Farahdhiya ?? Bayangkan, pada Aidilfitri lalu tiba-tiba ada yang hantar gambar kemaluan”
Farahdhiya Bayangkan, pada Aidilfitri lalu tiba-tiba ada yang hantar gambar kemaluan”
 ??  ?? FAUZI
FAUZI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia