Harian Metro

Aidilfitri ala kadar

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

 Umat Islam Rohingya rai hari raya jamu juadah sumbangan masyarakat antarabang­sa

Biarpun berada di kawasan krisis kemanusiaa­n yang tidak berkesudah­an, umat Islam Rohingya tetap merayakan sambutan Aidilfitri di sekitar kampung dan kem pelarian mereka di Buthidaung, Maungdaw dan Sittwe, Myanmar.

Dengan kesan akibat operasi ketenteraa­n masih jelas kelihatan, mereka berkumpul beramai-ramai menikmati juadah hasil sumbangan masyarakat antarabang­sa yang diterima sejak krisis memuncak pada 9 Oktober tahun lalu.

Selain itu, mereka juga terpaksa mencari tempat perlindung­an sesuai selepas kawasan berkenaan dilanda ribut, baru-baru ini, ketika umat Islam seluruh dunia sedang melakukan persiapan Aidilfitri.

Pengurus Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Kedah Muhammad Shukri Saari berkata, berdasarka­n perkembang­an yang dikongsi bersama rakan gabungan MAPIM di Myanmar, etnik Rohingya didapati menyambut hari raya seadanya seperti sebelum ini dan mengadakan jamuan ringkas selepas solat sunat Aidilfitri.

Katanya, MAPIM menerusi satu misi kemanusiaa­n, baru-baru ini, menyerahka­n sumbangan kepada etnik Rohingya di Sittwe dan melihat sendiri keadaan terkini di sana.

“Tidak banyak yang berubah sejak krisis tahun lalu, malah tekanan terus diberikan tentera kepada penduduk kampung di Buthidaung dan Maungdaw.

“Rumah penduduk akan dibakar jika tidak mematuhi arahan tentera. Bekalan makanan juga terhad kerana bantuan antarabang­sa sukar masuk ke sana.

“Alhamdulil­lah, kami berjaya sampaikan sumbangan rakyat Malaysia dan dapatlah mereka berhari raya walaupun tinggal dalam keadaan serba katanya.

Muhammad Shukri berkata, ketika ini, masih ada penduduk kampung terutama yang tinggal di sempadan Bangladesh merentasi Sungai Naf untuk ke Teknaf bagi menyelamat­kan diri.

Menurutnya, MAPIM akan terus menyalurka­n bantuan kepada etnik Rohingya dan mempergiat­kan usaha menambah bantuan menerusi sumbangan masyarakat antarabang­sa.

Katanya, orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian menerusi akaun Baitul Rahmah MAPIM di Maybank, 5520952244­32.

kekurangan,”

Sementara itu, aktivis Kesatuan Rohingya Arakan Ibrahim Ali berkata, umat Islam di Yangon menyambut hari raya dalam suasana meriah dengan membanjiri masjid di sekitar ibu negara untuk solat.

Katanya, mereka turut menyalurka­n sumbangan kepada saudara di Sittwe untuk berhari raya dan berharap isu itu mendapat perhatian masyarakat antarabang­sa.

“Jangan lupakan kami. Keadaan masih sama sejak puluhan tahun lalu. Apa yang kami harapkan adalah sumbangan anda semua,” katanya.

 ??  ?? ANTARA sumbangan duit raya yang diberikan kepada pelarian Rohingya.
ANTARA sumbangan duit raya yang diberikan kepada pelarian Rohingya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia