Harian Metro

Air perigi tak pernah kering sejak 143 tahun lalu

-

Seremban: Air perigi tidak pernah kering sejak 143 tahun lalu adalah keunikan yang ada di Masjid Jamek Dato’ Bandar Haji Ahmad di sini, yang sebelum ini dikenali sebagai Masjid Rasah.

Perigi sedalam dua meter itu dibuat sejak pembinaan masjid berkenaan oleh Datuk Bandar Sungai Ujong, Datuk Ahmad Ali pada 1875 bagi memudahkan kariah mengambil wuduk dan kegunaan lain.

Pengerusi Kariah Masjid Jamek Dato’ Bandar Haji Ahmad, Datuk Abdul Wahab Mohd Hanipah yang juga cicit kepada Ahmad, berkata sehingga kini pihak masjid masih menggunaka­n air perigi itu untuk mengambil wuduk.

Bagaimanap­un katanya, pihak pengurusan masjid memasang dua pam air bagi memudahkan air masuk ke kolah dan paip air yang dibina di hadapan masjid.

“Dahulu perigi ini terbuka tetapi sekitar 1990-an pihak masjid membuat pengubahsu­aian dengan membesarka­n perigi dan membuat bilik bagi memudahkan mereka yang mahu mandi terus dari air perigi ini,” katanya.

Abdul Wahab berkata, walaupun membuat pengubahsu­aian, tetapi air di perigi masjid berkenaan tidak pernah berkuranga­n.

Katanya, sekitar 1980-an ketika berlaku kejadian kemarau, lebih 10,000 penduduk Kampung Baru Rasah dibenarkan mengambil air di perigi itu untuk kegunaan harian.

“Apa yang menarik walaupun dalam tempoh sebulan air perigi diambil setiap masa oleh penduduk setempat ketika itu atas keizinan pihak masjid, air tidak pernah kering,” katanya.

Katanya, keunikan itu juga membuatkan sejak dahulu setiap hari ramai orang yang datang termasuk dari luar negeri ini, untuk mengambil air perigi itu yang didakwa mampu mengubati pelbagai penyakit.

 ??  ?? KEPERCAYAA­N karut orang yang tidak bertanggun­gjawab melemparka­n duit syiling ke dalam perigi untuk menunaikan hajat.
KEPERCAYAA­N karut orang yang tidak bertanggun­gjawab melemparka­n duit syiling ke dalam perigi untuk menunaikan hajat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia