Harian Metro

Tiada kapal perang di Laut China Selatan

-

Kuala Lumpur: Perdamaian di Laut China Selatan berupaya dicapai jika semua negara bersetuju menarik balik gerombolan kapal perang di perairan itu dan hanya bergantung kepada bot kecil untuk tujuan rondaan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir ketika mengemukak­an cadangan itu berkata, ia selaras hasrat merungkai pertikaian di perairan terbabit yang dikatakan mempunyai kekayaan sumber laut dan minyak mentah, selain menjadi laluan utama kapal dagang.

“Usahlah banyak sangat kapal perang kerana ia menimbulka­n ketegangan. Satu hari, seseorang mungkin melakukan kesilapan dan mencetuska­n pergaduhan sehingga menyaksika­n kemusnahan beberapa kapal, malah mengundang risiko peperangan.

“Kita tidak mahu perkara ini berlaku,” katanya pada temu bual eksklusif dengan portal South China Morning Post (SCMP), semalam.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir menyifatka­n, penggunaan bot kecil untuk rondaan memadai berbanding keputusan menempatka­n kapal perang yang ketika ini memenuhi ruang utama perairan berkenaan.

Selain itu, katanya, aktiviti rondaan berupaya disertai 10 negara anggota ASEAN memandangk­an keseluruha­n perairan Laut China Selatan seiring faktor geografi di rantau terbabit.

“Kalau China nak turut serta dan ingin menempatka­n bot kecil untuk rondaan, mereka dialu-alukan berbuat demikian. Pintu untuk menjayakan inisiatif ini sentiasa terbuka kepada sesiapa saja termasuk Amerika Syarika,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia