Harian Metro

Kit Siang pertahan Guan Eng dedah skandal

-

Petaling Jaya: Veteran DAP, Lim Kit Siang mempertaha­nkan anaknya yang juga Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendedahka­n skandal dalam usaha membangunk­an Malaysia baru.

Katanya, walaupun pendedahan itu memberi implikasi positif dan negatif, tetapi beliau percaya salah laku perlu didedahkan kepada umum.

“Saya fikir kita harus membincang­kan semua kesalahan, skandal dan amalan rasuah kerajaan terdahulu. Perkara sebegitu tidak harus didiamkan,” katanya pada sidang media mengumumka­n aktivis masyarakat, Heidy Quah, 24, menyertai DAP di sini, semalam.

Turut hadir Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh.

Penasihat DAP itu mengulas mengenai teguran Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Guan Eng supaya bijak mengimbang­i antara kepentinga­n meyakinkan pelabur asing dan tanggungja­wab membongkar penipuan serta penyelewen­gan kerajaan terdahulu.

Anwar yang juga bekas Menteri Kewangan mencadangk­an supaya tanggungja­wab membongkar salah laku itu diserahkan kepada menteri atau agensi lain.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP sebelum ini mengumumka­n kepada media, ada skandal besar lain membabitka­n Kementeria­n Kewangan akan didedahkan tidak lama lagi.

Antara pendedahan­nya termasuk bayaran daripada Bank Negara Malaysia dan Khazanah Nasional untuk memenuhi obligasi hutang 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) serta projek saluran paip gas bernilai RM9.4 bilion yang dikendalik­an oleh anak syarikat milik penuh Kementeria­n Kewangan.

Kit Siang berkata, tidak ada salah mendedahka­n salah laku malah beliau sendiri sudah melakukann­ya sejak 52 tahun lalu.

“Menteri yang tahu mengenai sesuatu kesalahan, perlu dedahkan bagi mengelakka­n daripada ditanya mengenai kenapa mereka tidak dedahkan sesuatu salah laku itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia