Harian Metro

PPBM tak sudi terima Ismail

- Dziyaul Afnan Abdul Rahman cnews@nstp.com.my

Peluang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilihat tipis apabila pucuk kepemimpin­an parti itu memberi bayangan tidak mahu menerimany­a.

Pengerusi PPBM Perlis, Amier Hassan berkata, PPBM tidak memerlukan pemimpin daripada UMNO untuk menyertai parti itu, malah Ismail perlu melihat kemampuan dirinya dulu sekiranya ingin menyertai parti itu di Perlis.

“Parti ini sudah kukuh dari segi struktur kepemimpin­an di dalam negeri ini, meskipun kami (Pakatan Harapan) kalah di Perlis tapi perbezaan majoriti undi tidak begitu ketara dengan Barisan Nasional (BN).

“Jadi kami tidak perlu pemimpin UMNO untuk menyertai parti ini kerana dia harus melihat semula matlamat asalnya dalam perjuangan politik,” katanya.

Amier berkata, tindakan Ismail yang mahu menyertai PPBM juga menunjukka­n beliau sendiri tidak mempunyai pendirian tetap dan setia terhadap parti lamanya.

“Beliau sendiri menyatakan secara terang-terangan hilang kepercayaa­n terhadap pucuk kepemimpin­an UMNO.

“Jika dia betul-betul mahu bercakap soal perjuangan, sepatutnya sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lagi dia buat keputusan itu.

“Ini apabila kalah baru mahu menyatakan soko-

 ADUN Tambun Tulang dianggap tiada pendirian tetap

ngan, jadi saya tak mahu sentuh sekiranya beliau (Ismail) mempunyai agenda tersendiri dengan keputusan dibuat,” katanya.

Amier berkata, PPBM tidak memerlukan pemimpin UMNO untuk menyertai PPBM kerana ia mampu menyerapka­n budaya dan pengamalan rasuah ke dalam parti itu.

“Kami ada banyak calon dan pemimpin lebih berwibawa daripada beliau (Ismail), jadi tiada tempat untuknya dalam parti ini,” katanya.

 ??  ?? ISMAI L
ISMAI L

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia