Harian Metro

Zahid enggan ulas cadangan Ku Li

-

Temerloh: Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas lanjut mengenai saranan dikemukaka­n Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang mencadangk­an semua calon bertanding jawatan Presiden UMNO berdebat dan mengisytih­arkan harta.

Ahmad Zahid berkata, saranan itu adalah pandangan peribadi veteran UMNO yang lebih dikenali dengan panggilan Ku Li itu.

“Tidak mengapalah...itu pandangan (cadangan) daripada beliau sahaja (untuk berdebat),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Khas dan Jamuan Hari Raya anjuran UMNO Pahang di Dewan Tun Razak, dekat sini, semalam.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai kemungkina­n berlaku perpecahan dalam kalangan ahli UMNO berikutan terlalu ramai calon bertanding bagi pemilihan kali ini, Ahmad Zahid berkata, perkara ini amat disedari pihak Ibu Pejabat UMNO dan berharap ia tidak akan berlaku.

“Kita cuba elakkan (perpecahan)...itulah sebabnya kita bawa siapa saja yang bertanding... siapa juga boleh datang dan paling utama kita beri penekanan ialah pilihlah yang terbaik di kalangan yang baik baik,” katanya.

Beliau berkata, majlis perjumpaan khas itu diatur pihak Ibu Pejabat UMNO dan ia adalah antara kaedah terbaik yang boleh digunakan semua calon untuk turun padang bertemu dengan semua pimpinan dan ahli UMNO di setiap negeri.

Katanya, ini adalah bagi memberikan peluang kepada semua calon memperkena­lkan diri kepada perwakilan memandangk­an tempoh berkempen cuma tinggal 10 hari lagi.

Pemilihan UMNO kali ini mencatatka­n sejarah yang tersendiri apabila menerima pencalonan daripada 612 orang untuk semua jawatan, daripada jawatankua­sa sayap hingga kepada Majlis Tertinggi (MT).

 ??  ?? AHMAD Zahid
AHMAD Zahid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia