Harian Metro

Perkenan sultan

- Faliq Lajim cnews@nstp.com.my

 Lantikan Menteri Besar ikut Undangunda­ng Tubuh Kerajaan Selangor 1959

Lantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua sebagai Menteri Besar Selangor dibuat mengikut peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Istana Selangor pada kenyataan, semalam, menyatakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah juga memberi perkenan kepada pelantikan Amirudin Shari berdasarka­n amalan/convention yang biasa dilakukan dalam pelantikan seorang Menteri Besar di Selangor.

Kenyataan yang dikeluarka­n melalui akaun rasmi Facebook, Selangor Royal Office itu susulan persoalan yang dibangkitk­an oleh ADUN Ijok, Dr Idris Ahmad berkaitan pelantikan Menteri Besar Selangor baharu yang kononnya tidak mendapat restu daripada Pakatan Harapan (PH).

Kenyataan itu menjelaska­n Sultan Selangor menerima surat daripada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mencalonka­n tiga nama ADUN Selangor untuk mendapat perkenan sebagai calon pilihan Menteri Besar pada 7 Jun lalu.

“Dalam surat itu juga, Dr Wan Azizah memohon perkenan Sultan Selangor bagi menerima menghadap mana-mana calon yang pada pandangan Sultan Selangor layak mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan

Selangor bagi tujuan mengangkat sumpah sebagai Datuk Menteri Besar Selangor.

“Surat Presiden PKR ini juga secara tidak langsung membatalka­n surat terdahulu yang ditulis oleh ketua-ketua parti politik Selangor kepada Sultan Selangor.

“Selepas diteliti dan mendapatka­n pandangan daripada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, maka Sultan Selangor berkenan dengan pelantikan seorang daripada calon yang disenaraik­an iaitu Amirudin Shari yang juga ADUN Sungai Tua sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal ke-14,” katanya.

Kenyataan itu turut menyatakan Sultan Selangor mempunyai kuasa budi bicara dalam pelantikan seorang Menteri Besar sepertiman­a Artikel 51 dan Artikel 53, Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor

1959.

“Untuk rekod, Sultan Selangor sentiasa mengambil maklum prasyarat di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor yang mana Sultan Selangor hendaklah melantik seorang anggota Dewan Negeri sebagai Datuk Menteri Besar yang menurut pertimbang­an Baginda mendapat kepercayaa­n majoriti Dewan Negeri.

“Syarat kedua, seorang Menteri Besar yang dilantik hendaklah berketurun­an Melayu dan beragama Islam.

“Artikel 51 dan Artikel 53 dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, adalah berkaitan,” katanya.

Kenyataan itu turut menjelaska­n pelantikan Mohamed Azmin sebagai Menteri Besar Selangor pada 11 Mei lalu yang didakwa ADUN Ijok tidak mendapat restu daripada parti komponen PH.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia