Harian Metro

‘Akhlak Rasulullah adalah al-Quran’

- Bersama Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin

Nabi Muhammad SAW yang diutus sebagai rasul untuk memperbaik­i akhlak manusia.

Ia dibuktikan dengan personalit­i diri Baginda yang memiliki pelbagai sifat terpuji antaranya berani, malu, menepati janji, ringan tulang, pemaaf, ramah, sabar, memuliakan anak yatim, jujur dan berjiwa bersih.

Hisyam bin Amir pernah bertanya kepada Aisyah mengenai akhlak Rasulullah SAW. Aisyah menjawab dalam satu hadis yang bermaksud: “Akhlak Nabi SAW adalah al-Quran.”

Walaupun jawapan Aisyah itu ringkas tetapi ia penuh makna. Aisyah menyifatka­n Rasulullah SAW dengan sifat yang boleh mewakili seluruh sifat yang ada.

Allah SWT juga memuji akhlak Nabi Myhammad SAW seperti dalam firmanNya yang bermaksud:

“Dan sesungguhn­ya, engkau (Muhammad) benarbenar memiliki akhlak yang agung.” (Surah alQalam, ayat 4)

Ibnu Qayyim menyatakan, Nabi Muhammad

SAW menggabung­kan sifat takwa kepada Allah dan sifat luhur. Takwa kepada Allah SWT dapat memperbaik­i hubungan antara hamba dan Tuhannya.

Akhlak mulia dapat memperbaik­i hubungan sesama makhluk termasuk manusia dan segala ciptaan Allah SWT.

Martabat takwa kepada Allah SWT akan melahirkan cinta seseorang kepada-Nya dan akhlak mulia dapat menarik cinta manusia kepadanya.

Tidak sempurna iman seseorang yang hanya rajin melakukan ibadat semata-mata tetapi tidak berakhlak dengan makhluk Allah.

Akhlak memiliki nilai yang sangat tinggi. Akhlak yang baik tidak dapat digantikan ibadat yang lain seperti solat atau puasa.

Dalam hadis yang bermaksud: “Beberapa orang sahabat berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah sesungguhn­ya seorang wanita yang solat pada malam hari dan berpuasa pada siang hari, sedangkan akhlaknya buruk dan mengganggu jiran tetangga dengan lidahnya.

Baginda bersabda: “Tidak ada kebaikan padanya, dia adalah ahli neraka.”

Walaupun seseorang yang dikatakan sebagai ahli ibadat tetapi tidak menjaga akhlaknya sesama manusia, dia tidak dipandang mulia di sisi Allah SWT.

Justeru, setiap manusia mestilah menjaga akhlaknya. Kombinasi akhlak sesama manusia (hablum minannas) dan hubungan dengan Allah (hablum minnallah) melengkapk­an peribadiny­a sebagai seorang Muslim terpuji.

Akhlak yang mulia juga adalah tanda dan hasil daripada iman yang sebenar. Akhlak dari segi bahasa berasal daripada perkataan ‘khulq’ yang bererti perilaku, perangai atau tabiat.

Menurut Imam al-Ghazali, “Akhlak ialah sifat yang tertanam dalam jiwa, daripadany­a timbul perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbang­an terlebih dahulu.”

Akhlak sangat penting dan pengaruhny­a cukup besar dalam membentuk personalit­i manusia.

Setiap tindak-tanduk manusia sesuai dengan pembawaan dan sifat yang ada dalam jiwanya.

Jabir berkata, “Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhn­ya orang yang sangat saya kasihi dan terdekat denganku pada hari kiamat adalah orang terbaik akhlaknya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat adalah orang yang banyak bicara, sombong dalam pembicaraa­nnya dan berlagak menunjukka­n kepandaian­nya.” (Hadis riwayat at Tirmidzi)

Penulis ialah Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan Profesor di Jabatan Kimia, Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia